Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 8 August 2013

Maaf DS Najib Asal Lupa Tembak Biarpun Hari Raya

PPM meyusun sepuluh jari mohon ampun buat Datuk Seri Najib semperna Hari Raya Aidilfitri. Namun bergitu walaupun Najib Perdana Menteri tidak bermakna kami boleh pandang sebelah mata, keatas keterlupaan DS Najib terhadap rasa sama rata terutama DS Najib mengakui pasca PRU13 kuasa melayu sokong Barisan Nasional meningkat. Tetapi benarkah Najib Razak sekarang lupa diri?

Masih kita orang ingat bagaimana DS Najib bersusah payah mendapat warga cina sehingga pelbagai kaedah dan cara dipergunakan, dan sudah tentu kosnya bukannya murah. Tetapi yang DS Najib perolehi? SUNAMI UNDI CINA!! Berbaloi atau tidak?

Akhirnya melayu juga yang mempertahan kuasa PM dalam BN bersama warga bumiputera yang lain. Tetapi adakah DS Najib telah lupa atau tidak ambil kisah?

Suka PPM ingatkan sesuatu yang remeh bakal menjadi satu isu yang besar dan terbukti sebelum pasca PRU12 dan PRU13. Tetapi adakah mana-mana penasihat terhebat PM ambil peduli soal ini.

Sesungguhnya kami perjuang setia BN tetapi tidak bermakna kami tidak tahu situasi apa yang sedang berlaku dan bukan juga perjuangan agama bangsa negara bermakna kami melurut tanpa mengenali! Jadi sewajarnyalah sesuatu pendekatan PM mahu lakukan jangan sampai di kejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

Kami luah kerana sayangkan BN tetapi sayang sedarkah atau tidak.

Sk Sri Pristana Terdesak Guneswari Reka Cipta Fitnah Cabut Lari

Pada satu ketika Guneswari Kelly cukup teruja berbangga kerana posting di Facebooknya mendapat hampir 5000 share di seluruh negara. Semuanya berkisar kisah kononya perlajar India dan Cina di tempatkan di dalam tandas untuk menjamah makanan di waktu rehat. Kisah ini cukup meletup tanpa umum sedar itu satu fitnah yang maha hebat. Akhir akaun Fb inibterpaksa ditutup oleh pemiliknya kerana terhimpit dengan kebenaran yang terbongkar. Lihat link ini https://www.facebook.com/photo.phpfbid=10200899734149459&set=pcb.10200899734349464&type=1&relevant_count=1&ref=nf


Mungkin individu ini jenis perasangka tinggi sampai tidak sedar gambar yang diambilnya memakan diri tanpa meneliti apa kisah sebenarnya. Walhal dia boleh bertindak berjumpa cikgu atau PIBG sebelum menyebarkan di alam maya. Tetapi oleh kerana sifat tergesa-gesa mencari populariti, tanpa siasat terus dipaparkan di Facebook.

Tindakannya melampau tanpa memikirkan apa impak terhadap negara yang berbilang kaum ini. Ini menunjukan dia merupakan seseorang yang tidak peka terhadap keharmonian negara. LEBIH TEPAT JENIS WARGA NEGARA YANG KURANG BERTANGGUNGJAWAP. Akhirnya tindakannya cukup memakan diri dan memalukan keluarga dan anak sendiri, sampai anak tersebut menanggungung azab kerakusan pengjaga sendiri.

Oleh kerana terdesak dan malu, mula cerita ura-ura memindahkan anaknya ke sekolah lain tetapi tentulah peroses ini akan memakan masa sedikit. Tetapi oleh kerana tertekan akibat keterlanjuran diri sendiri. Bermulalah babak-babak cerita terbaru mencari salah PIBG dan guru-guru sekolah Sk Sri Pristana, kononnya anak tersebut di hedik memalukan sekolah dan tidak layak bersekolah disitu, dan alat tulis hilang pun jadi isu.

Kemungkinan Guneswari terlampau gementar apabila terdengar ada ura-ura mesyuarat PIBG diadakan selepas Hari Raya bagi membolehkan ramai ibu bapa hadir. Kemungkinan Guneswari bakal dijemput sekali tetapi sanggupkah dia bersemuka hadapi kebenaran dan mungkin inikah alasan mengapa bergitu tergesa-gesa hendak cabut lari tukar sekolah?

Mohon Ribuan Ampun Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semperna menjelang hari yang mulia ini, setelah sebulan kita berjuang dengan pelbagai dugaan Ramadhan. Akhirnya seluruh umat islam merayakan Aidifitri. Semperna hari yang mulia ini PPM ingin menyusun sepuluh jari memeohon ampun buat sahabat sekutu mahupun seteru, untuk sama-sama kita bermaafan dan membina tali siratulhim demi memperkukuhkan kekuatan ummah. Selamat Hari Raya.

Monday 5 August 2013

Rayakan Melayu Beri Hasil Zakat Kepada Orang Cina

Aduh meriah betul Malaysia ini. Semenjak Teresa Kok DAP yang mengjadi pujaan pengundi Seputih. Bakal merayakan kegemilangan Teresa Kok meminda wang zakat turut di sampaikan kepada bukan Islam. Jangan tergejut kerana ini zaman kegemilangan Pakatan Rakyat. Pemurah hati betulah melayu penyokong tegar Pakatan Rakyat. Baca sini lebih gempak


Isu Terkini

get this widget here