Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 23 January 2015

Haji Hadi Dedah Lim Guan Eng Bakal Pencetus 13 Mei

Haji Hadi sudah bangkit untuk menentang rancangan jahat Lim Guan Eng. Kali ini Haji Hadi sudah sedar kesilapan bersama DAP sebab itu dia mengeluarkan hujah panjang lebar mengatakan ini satu kesilapan yang besar:

PAS menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.
Pendirian itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini. 
"Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek. 
"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar," kata Hadi. 
Secara berkias, Hadi membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum. 
"Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk. 
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar. 
"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.," kata Hadi.
Nampaknya PASma tidak akan berdiam diri dengan tindakan luar dugaan dari Haji Hadi adakah ini pertanda PAS berpecah dua atau PAS secara total keluar dari Pakatan Rakyat. 

Kalau diikutkan tindak-tanduk DAP adalah semakin melampau dan adalah wajar PAS beralih perhatian untuk memikirkan nasib bangsanya sendiri yang selama ini boleh hidup harmoni dengan bangsa lain sekiranya DAP hilang taring sekali lagi.

Lagipun taring DAP hanyalah kepada pautan mengokong pegerakan PAS dan jika PAS berpaling tadah semuanya tamat. 

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah sedar perangai buruk DAP wat apa berpakat dengannya? Blahlah. Pakat gan UMNO kan bagus. Lagipun dituntut oleh Islam kerana sebangsa dan seagama.

Isu Terkini

get this widget here