Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 15 March 2012

Ajaran Sesat Bertapak Di Sarawak

TELAGA AIR: Majlis Islam Sarawak (MIS) tidak menolak kemungkinan ahli kumpulan Al-Arqam kembali aktif untuk menyebarkan ajaran sesat bagi memesongkan umat Islam di negeri ini.

Yang Dipertua MIS Datu Putit Matzen berkata, kumpulan itu pada masa ini sedang berusaha menghidupkan kembali ajaran mereka tetapi dengan menggunakan pendekatan berbeza dan bukannya dakwah seperti sebelum ini.

“Sebenarnya ajaran sesat memang tidak ada di Sarawak kecuali bekas ahli Al-Arqam cuba hendak kembali menyebarkan ajaran mereka dengan pendekatan lain.

“Memang dari dahulu lagi, kami amat mengetahui bahawa ajaran mereka tidak betul dan terpesong daripada ajaran sebenar Islam,” katanya kepada pemberita selepas penanggugan Konvensyen Saudara Kita Ke-4 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan ajaran sesat yang kembali berkembang di seluruh negara.

Putit menjelaskan, masyarakat Islam di negeri ini pada masa sekarang tidak menyokong dan terpengaruh dengan usaha berkenaan.

“Setakat ini tiada sambutan. Umat Islam di Sarawak tidak terpengaruh,” ujarnya.

Putit berkata, ada di kalangan ahli kumpulan terbabit kini aktif dalam bidang perniagaan.

“Namun begitu, kami akan terus memantau apa yang dilakukan bagi mengelak penyebaran ajaran sesat di negeri ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati golongan saudara kita di negeri ini supaya tidak terpengaruh dengan unsur menyeleweng yang semakin berleluasa sekarang.

“Jangan terjebak dan terpengaruh dengan ajaran yang hendak memesongkan anda (saudara kita).

“Kalau berasa curiga anda boleh bertanya atau minta pendapat daripada pakar agar setiap kemusykilan dapat diselesaikan dengan jalan terbaik,” kata Putit- Sumber

No comments:

Isu Terkini

get this widget here