Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 6 March 2012

Keberanian TDM yang tak mungkin dilakukan Anwar atau Nik Aziz


KISAH BENAR !!! KEBIJAKSANAAN SEORANG SUAMI dan PERNGORBANAN SEORANG ISTERI

Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah menghantar isterinya , Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke Iraq ketika perang teluk 1990-1991. TDS.Hasmah yakin dengan perjuangan suaminya yang tercinta dan redha dengan apa jua bakal ketentuan Allah, lalu bersetuju untuk menghantar bantuan makanan ke Iraq yang sedang mengalami sekatan bantuan dari negara luar oleh Amerika. Pada masa itu Amerika tidak membenarkan mana-mana pesawat mendarat di lapangan terbang Iraq. Ketika pesawat yang dinaiki TDS.Hasmah tiba di udara Iraq, memang benar-benar tidak diberi keizinan mendarat oleh Amerika. Ketika itu dengan kebijaksanaan TD Mahathir terus menalifon President Amerika George Bush, mengatakan isterinya berada di dalam pesawat tersebut, dan masih berlegaran di ruang udara Iraq tampa kebenaran mendarat. Jika keadaan ini terus dibiar berlanjutan, pesawat tersebut bakal kehabisan minyak dan terhempas.

Memandangkan pengaruh TD.Mahathir terhadap negara-negara islam serata dunia, George Bush akan berfikir panjang untuk mengambil resiko hingga menyebabkan pesawat itu terhempas. Kerana dengan pengaruh TD Mahathir masa itu sesuatu resiko luar jangkaan mungkin akan ditangung oleh Amerika. Akhirnya George Bush tidak berani mengambil resiko dan membenarkan pesawat itu mendarat. TDS Hasmah selamat tiba di lapangan terbang Iraq dan berjaya menyampaikan bantuan makanan kepada rakyat Iraq.

Tiada lapuran media untuk ini kerana Tun buat semata-mata perjuangan mengukuhkan Islam di dunia. Keikhlasan tampa diketahui rakyat, membuktikan Tun seorang perjuang islam tulen, bukan macam Anwar bukan macam Nik Aziz yang nak berjuang semua mesti dinyatakan walaupun kebanyakan setakat bunyi je lebih tapi apapun tak ada. Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini. 

Tun juga memahami wujudnya pembangkang dalam sistem pentabiran negara, tapi biasalah pembangkang negara ini sekadar macam majalah gosip artis, cakap melambung-lambung tapi penahnya tertunaipun. BOLEH KE ANWAR MAHUPUN NIK AZIZ ATAU MANA-MANA PEMIMPIN DI NEGARA INI, SEBERANI TUN. Sesiapapun sama ada memuji atau mencaci Tun, mereka tetap harus berterima kasih kepada Tun yang telah banyak merubah langskap kemajuan negara ini tampa meminggirkan kepentingan semua kaum dan agama. Kerana apa yang kita nikmati selama ini adalah sebagian dari Tun yang meneruskan legasi pentabiran kegemilangan UMNO BN.


pst-- SEBAB ITU PAKATAN HARAM CUBA MEMADAM KEGEMILAGAN LEGASI UMNO-BN

No comments:

Isu Terkini

get this widget here