Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 26 March 2012

Misteri Lembah Sirih


Projek Pembangunan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront) merupakan hartanah terbesar negeri Kelantan yang mana keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM 2 Billion sedang dimajukan oleh Pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd. Kawasan yang terlibat adalah lebih kurang 400 ekar di mana tanah kerajaan yang terlibat ialah 150 ekar dan selebihnya adalah tanah milik persendirian penduduk kampung. Mengikut perancangan meliputi:-
  • Projek perumahan dan rumah kedai komesial.
  • Taman rekreasi dan taman awam 
  • Pusat peranginan dan hotel, 
  • Kemudahan marina dan pusat air,   
  • Jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina. 
  • Kedai komersial dan pelbagai kemudahan sosial untuk penduduk tempatan, 
  • Kompleks membeli belah antarabangsa, bangunan pejabat dan pusat komersial, 
  • Lingkaran jalan ke semua arah ke bandar Kota Bharu, 
  • Water front dan laluan pejalan kaki dan jeti awam.
Walaupun projek telah lama pemaju hanya mampu siapkan terminal bas(ala 70'an), pasaraya Tesco dan berberapa lot-lot kedai masih dalam pembinaan, kosong dan terbiar. Merujuk kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan. Menimbulkan pelbagai persoalan apa yang sedang berlaku disebalik misteri wayang gambar kerajaan Kelantan

Malah Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata. Kerajaan Pas Kelantan disifatkan tidak bijak apabila dikatakan hanya mampu memperoleh premium rendah hasil pelaksanaan projek Lembah Sireh yang didakwa membabitkan pelaburan berbilion ringgit.  Walaupun kawasan Lembah Sireh melibatkan kerja-kerja tebus guna tanah, ia sepatutnya tetap berupaya memberi pulangan lumayan kepada kerajaan negeri. Apa yang dikesalkan adalah Kerajaan Pas Kelantan yang sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir, gagal melihat peluang untuk membuat keuntungan besar dalam projek berkenaan. "Negeri lain juga ada projek melibatkan kerja-kerja tebus guna tanah, tetapi mereka boleh menjana keuntungan besar kerana kerajaan negeri terbabit bijak dalam membuat perkiraan. PAS Kelantan apa yang cuba disembunyikan?

Apa yang paling menakutkan sikap kerajaan Kelantan dari mula lagi meminggirkan kepentingan melayu dan bumiputra. Malah  Presiden OMBAK Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad menuntut supaya kerajaan Kelantan memberi penjelasan mengenai perjanjian yang dibuat dengan syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd, yang membabitkan beberapa projek bernilai lebih RM350 juta. Perjanjian antara kedua pihak menuntut syarikat berkenaan memberi sumbangan lebih RM350 juta dalam bentuk pembangunan seperti membina jambatan, masjid, stadium tertutup wanita dan sumbangan kepada tabung perumahan kos rendah dan masih belum diketahui apa untung hasilnya.

Apa yang paling ngeri, berlaku kepincangan antara kerajaan Negeri kontraktor sejak November 2010, kerajaan negeri dilapor akan mengkaji semula perjanjian yang dianggap bermasalah. Setakat ini pemaju hanya berjaya melaksanakan berberapa peratus sahaja projek melalui perjanjian tersebut, yang mungkin mengakibatkan berlakunya penamatkan perjanjian dengan pemaju hingga belakunya pecah kontrak. Ini memungkinkan projek tertangguh untuk jangka masa yang panjang dan boleh mengakibat bertambah teruk kesannya.

Adakah bakal menjadi projek Gajah Putih atau kerajaan Kelantan bakal kerugian besar, itu bergantung sejauh mana hebatnya ilmu PAS. Setakat ini rakyat tempatan nampak kerajaan Kelantan di bawah Nik Aziz belum penah membuktikan apa-apa yang dapat dibanggakan! Sejauh mana misteri Lembah Sirih menjadi Misteri. Kalau UMNO menakluki Kelantan nescaya banyak misteri-misteri Kelantan terbongkar? Apatah lagi banyak keluhan dan rintihan penduduk makin menjadi-jadi menunjukan rasa tidak puas hati dengan apa yang kerajaan Kelantan lakukan.

Rakyat Kelantan ini masanya kita memberi perluang untuk UMNO buktikan erti Tranformasi Kebajikan Rakyat untuk sepenggal dan perluang melaku bedah siasat  22 tahun misteri-misteri Kelantan.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here