Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 21 March 2012

PAS Berlajar Dari "Survival" Anwar


 

Dulu Nik Aziz dan Haji Hadi tidak kisah DAP hina agama Islam macam mana pun tak apa, sebab DAP jahil agama. Memang maha hebat bila DAP boleh dikaitkan dengan jahil, macam lah DAP ada habuan akhirat!!

Sekarang Nik Aziz dan Haji Hadi lagi "advance" kerana dah tak kisah dah menyokong Yahudi, kerana menyokong Yahudi boleh dapat Dana PRU13. Gerenti halal punya! Tidak payah sebut pasal islam atau kaitkan sejarah perjuangan silam PAS lagi. Yang penting buat kali ini mesti dihalalkan demi PRU13. Inilah langkah penamat dan perlengkap PAS 4 ALL! Lengkap selogan ini makin kuatlah pengaruh PAS. Bagaimana

Bermula dengan kata dua samada Anwar menarik balik kenyataan mendukung keselamatan Israel di Wall Street Journal atau saman WSJ. Wayang WSJ memang telah diduga, sehingga membuat pertemun tertutup antara Anwar dan Nik Aziz. Ramai rakyat tertanya-tanya apalah yang dibincangkan antara mereka berdua. Rupa-rupanya sekarang baru terbongkar. Hadi boleh terima dan bekerjasama dengan Yahudi yang terang-terang menyokong Israel menyerang Palestin. Semuanya kaedah terbaik mendapatkan habuan untuk Dana PRU13. Yelahh kalau hendak berkempen PRU13, semua tidak berjalan kalau kurang dana. Rujuk sini

Ambil contoh PRN serawak yang lepas, bertapa tersiksanya PAS tidak berduit untuk berkempen di Sarawak. Buat kali ini, Nik Aziz dan Haji Hadi ambil kesempatan dengan pemurahnya Anwar membantu dapatkan dana PRU13!! Apatah lagi ruang berkempen PRU13 amat luas dan duit mesti banyak. Dengan caranya mudah, jangan tentang Anwar dan beri hujah-hujah sokongan kepada Anwar yang mendokong keselamatana Israel. Anwar boleh mempertahankan kenyataan demi mendapatkan dana 600 juta, PAS boleh tumpang sekaki! PAS memang serba boleh apa sahaja janji dapat berkempen dengan selesa untuk PRU13.

Yang amat menghairan! Dah lupakah! Nik Aziz dan Haji Hadi yang selama ini PAS menentang seumur hidup kepada Yahudi dan Israel. kali ini demi murah hati Anwar ditambah Zionis. Nik Aziz dan Haji Hadi dah lupakah yang puak-puak PAS bermati-matian bergaduh denga FRU pada 4 April 1997 semata-mata menetang kehadiran permain kriket Israel ke Malaysia. Sampai Mat Sabu dan Salehudin Yakob di penjara. Sekarang kerana dana dah terlupa perjuangan asal.

Biasalah PAS kalau sampai boleh mengadaikan khalimah Allah kepada gereja. Kira kecik sangatlah menyokong Yahudi. Bergitu jugalah PAS kalau sampai boleh gugur Hudud di campur dengan sokongan Yahudi baru lengkap segalanya.

Apa yang hendak dihairankan PAS kalau sampai boleh gugurkan Hassan Ali mempertahankan akidah umat semata-mata arahan DAP dan PKR, tidak lengkaplah kalau tidak sokong Yahudi. Selama ini PAS dah biasa mengafirkan orang islam lain demi kekuatan PAS. Akan menjadi bertambah kuatlah PAS, bila mendapat sokongan Yahudi. Ini kerana PAS berlajar dengan mengambil ikhtibar dari kejayaan Anwar, dapat menepis apa sahaja salah moralnya dengan hanya mendapat sokongan Yahudi. PAS hendak cuba supaya Nik Aziz  akan bertambah kuat dengan kaedah berkesan Anwar.

Sebab itulah PAS semakin biasa merestui apa sahaja tindak tanduk Anwar dan berlajar demi mempertahankan kekuatan PAS. Kita lihat bagaimana PAS rela dengan tindak tanduk Anwar.
  • Menyokong Linda Joy Murtad
  • Meyokong seks bebas LGBT
  • Menyokong kenyataan Anwar yang undang-undang Liwat sudah lapuk 
  • Menyokong buku Jingay yang menghalang Hudud dilaksanakan
  • Menyokong ucapan-ucapan pluralisma Anwar, yang Nik Aziz sedia maklum dan berdiam diri walaupun itu ucapan yang sesat.
Itu semua sudah tidak penting buat PAS, kerana PAS lebih mengagumi Anwar yang bangkit dalam sekelip mata, malah mampu menangkis apa jua serangan moral peribadi Anwar, walupun serangan berasaskan dengan pembuktian kukuh. Anwar tetap berdiri teguh kerana satu formula sahaja, bersahabat baik dengan Yahudi. Bila bersahabat baik Yahudi, maka segala kemudahan yang kita pakai dari peralatan dan ciptaan Yahudi, sudah tentu banyak kita tidak sedari akan tentangan halus dari Yahudi. 

Inilah menyebabkan PAS yang terlampau berangan hendak ke Putrajaya, tidak tahan lagi mengenang perjuangan mereka berpuluh tahun dengan corak maki-hamun, fitnah dan ngadu domba tapi masih juga tidak dapat menyaingi formula Anwar. 

Berdasarkan kejayaan Anwar, PAS makin berani mengangkat Muslimah Ambiga dengan menghalalkan tuntutan Ambiga. Kerana Ambiga juga mengetui NGO yang didalangi Yahudi. PAS amat kagum bagaimana Ambiga dalam sekelip mata mengerakan NGO menentang kerajaan. Ini semua PAS ingin berlajar dan serapkan sebagai perjuangan parti secara halus, iaitu mengalih perhatian ahli-ahli yang separuh mati mengatakan PAS masih perjuangan islam dan hudud,. PAS sengaja biarkan ahli masih bersikap tabsud sedemikian rupa, kerana mengelak dari mereka terhidu perancangan halus PAS berdamping dengan Yahudi.

Jadi janganlah puak-puak PAS yang masih kuno memegang lagi amanat Haji Hadi 1981 yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.

“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”

Ahli-ahli PAS diperbodohkan demi agenda-agenda besar yang belum mereka ketahui. Jangan sampai jadi sama dengan mangsa mamali hingga sekarang PAS tidak penah ambil berat kepada keluarga mangsa penipuan PAS. Setakat mengenang untuk raih populariti ahli adalah. Sekarang semua dah tak ada lagi sebab PAS sekarang hendak mendapat sokongan Yahudi melalui Anwar.
PAS 4 ALL + ISRAEL 4 ALL= Negara Kebajikan Kroni



No comments:

Isu Terkini

get this widget here