Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 28 March 2012

Pemuda PAS Hilang Sabar Dengan Semangat Yahudi Yang Dibawa Nik Aziz dan Haji Hadi

Pemuda PAS sudah hilang kesabaran dengan sikap Nik Aziz dan Haji Hadi yang mula berjinak-jinak mendekati pengaruh Yahudi. Ini berlaku setelah hubungan arkab mereka bersama Anwar semakin intim. Dalam pada itu Nik Aziz dan haji Hadi makin dilihat sebagai cuba menyerap pengaruh Yahudi sebagai revolusi kematangan PAS. Berbeza dengan Nasrudin Hassan yang lebih memikirkan setiap ringgit dagangan dengan Yahudi menghasilkan sebutir peluru yang meragut nyawa umat Islam terutama Palestine.

Nasrudin berpegang pada pendapat Ulama telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini. Tertapi di dalam PAS pengaruh Anwar lebih hebat dari mana-mana Ulama dalam dunia ini. Dengan itu semua hujah-hujah Nasrudin hanya sekadar celoteh membuang masa untuk di layan Nik Aziz dan Haji Hadi. PAS sudah tiada masa untuk dengar benda-benda yang dianggap semakin remeh walaupun Nik Aziz dan Haji Hadi terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun demi penyelarasan perjuangan bersama Pakatan Haram.

Itulah fenomena di dalam PAS yang mana suara akar umbi sudah tidak penting. Usahlah berhujah dengan bersandarkan mana-mana ulama dunia atau mana-mana petikan Al Quran atau Hadis, sebab suara Anwar mengatasi segalanya dan mampu mengubah apa jua yang haram kepada halal. Nik Aziz dan haji Hadi akan sentiasa memberi kebenaran dan kelulusan walaupun walaupun terpaksa melanggar akidah, syariat dan rukun. Yang paling penting akar umbi PAS bersedialah menjadi kaldai kepada Anwar, PKR dan DAP.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here