Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 7 March 2012

Sekali Kena, Baru Pandai Terasa



Ini kisah antara seorang OKU bernama Frusis dengan Datuk Mong Dagang dari Sri Aman, Sarawak. Apa yang hendak diceritakan bukan pasal soal tindakan betul atau salah kedua-dua pihak. Mari kita renung dari kemungkinan mata hati kedua-dua pihak

Kisahnya bermula apabila Frusis seorang OKU yang memang mendapat bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, yang berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011. 

Malah Frusis juga turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011. Fuh lama tu. Kalau dicongak besar bantuan diberi kepadanya. Wahal Frusis cuma mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok. Itulah cerita dari Datuk Wong Dagang

Kemudian datang PRN Sarawak pada 2011. Frusis mungkin terlupa!! Terlupa tu maknanya tak sengaja laakan.... Yang kerajaan Sarawak selama ini bergitu prihatin untuk membantu orang OKU sepertinya. Bila dengan tidak sengaja Frusis terlupa, Frusis telah membenarkan rumahnya dijadikan markas gerakan sempena Frusis menjadi penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya menjadi markas gerakan calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu. Itupun bukan sengaja kerana kemungkinan matanya keliru rupa bentuk bendera BN dgn bendera PKR atau DAP. Siapa tahu bukan!!

Bila masuk 8/12/2011 Datuk Mong Dagang pula yang mungkin terlupa. Adus!!  terlupa yang Frusis patut diberi bantuan lebih panjang lagi, kalau boleh seumur hidup. Ishh patut ke macam tu, hendak beri bantuan seumur hidup. Bila sudah terlupa maka keluarlah surat pembehentian bantuan yang lebih 29 tahun dengan serta-merta.

Apa lagi SEKALI TERKENA BARU TERASA BUKAN!! dibuatnya Frusis, yelaah... Salah ke dia menyokong pembankang kerana negara ini amalkan demokrasi betul juga kata Frusis tu. dan Datuk mong Dagang juga berkata juga yang diapun mengamalkan demokrasi memberi kepada yang layak. Pun betul juga kata Datuk Mong Dagang kalau mereka buat berdasar penilaian semasa mungkin berbeza keputusannya. Tak tahu laaa pulak... Kriteria bagaimana digunakan pakai untuk pernilaian kelayakan menerima bantuan. Jadi sama-sama terlupa dan sama-sama demokrasi laaaa kan.

Lagipun kalau difikir-fikirkan dah 29 tahun bantuan telah diberi kepada Frusis masih juga tidak ada rasa berterima kasih susahlah, yelaa kalau kita sahaja nak orang ingatkan kita, tampa penah ada rasa terhutang budi kepada orang yang mengingat kita, memang susah cakap laaa. Kedua-dua sama-sama manusia, masing-masing ada perasaan dan harapan. 

Rasa-rasanya siapa yang memulakan sifat berprikemanusian kalau Frusis hendak bercakap soal prikemanusian.

Bercakap soal tidak manis menteri muda bertindak sedemikian, adakah manis kepada orang yang menerima bantuan selama 29 tahun, terang-terang menunjukan perasaan tidak puas hati dan perasaan BN patut ditukar dengan membenarkan rumah dijadikan markas gerakan. Sebenarnya siapa mula terang-terangan menunjukan rasa tidak puas hati!. Soalnya maniskah seorang yang mendapat bantuan selama 29 tahun bertindak sedimikian.

Buat Frusis adakah berbaloi anda bertindak sedimikan rupa?

Bergitu Datuk Mong Dagang juga hendak ditanya juga. Adakah berbaloi tindakan anda sedikian untuk BN?

Kalau kita ingatkan orang, orang akan ingatkan kita itu betul!!

Pemimpin berwibawa adalah pemimpin yang tidak penah pilih kasih untuk berbakti. Itupun betul juga!

Walau bagaimanapun dengar kata DAP akan beri bantuan ganti kepada Frusis. Kira oklah tu. Rezeki jatuh keriba tapi adakah boleh bertahan sampai 29 tahun atau lebih. 

Hendak dituduh siapa yang salahpun tak pandai kerana kedua-duanya ada hak mengambil tindakan melalui penilaian masing-masing. Jika kita yang memperhatikan, fikir-fikirlah...............Pecah Palak Mikir

No comments:

Isu Terkini

get this widget here