Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 6 April 2012

AMK Masih Mengigau Ketika Membidas Realiti Najib

Ketua Kadam Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),  Kadam Lee Khai Loon membidas pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama 3 tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Itu dia sudah bermula alkisah baru, yang mana kadam kadam mula hendak putar alam kenyataan situasi prestasi sebenar DS Najib Razak. Bukan apa, keadaan sekarang berbeza dari awal tahun ini dan sebelumnya. Rakyat sendiri nampak bagaimana DS Najib Razak diserang bertubi-tubi dengan bermacam-macam rupa cerita untuk menjatuhkan DS Najib Razak. Walau apa jua serangan datang DS Najib Razak tetap bersahaja, tenang dan tidak melatah. Malah mengambil sikap merendah diri walaupun kalau manusia lain mahu siap berperang.

DS Najib Razak tidak memilih situsi menentang, sebaliknya berusaha dengan keras untuk merealisasikan pengisian Tranformasi Kerajaan yang menyeluruh tampa mencapur adukan antara serangan politik dengan tangungjawap melaksanakan semua pendekatan menyeluruh mengikut prinsip Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Itu namanya Perdana Menteri bukannya macam Anwar Ibrahim cakap lebih-lebih tapi kerja haram tidak tahu laksanakan. Kalau setakat hendak tunaikan janji air Selangor sampai hendak bergolok gadai dengan saman lagi dengan hutang tertunggak lagi, tidak payahlah pandai-pandai hendak tegur intergriti DS Najib Razak. 

Mungkin Kadam Lee Khai Loon tidak penah diajar Anwar bagaimana hendak membantu rakyat terutama pada setiap negeri jajahan mereka, sebab itu matanya buta sedikit dengan situsi sebenar tugasan yang berjaya dilaksanakan DS Najib Razak. Yelaa kadam-kadam PKR kerja utama mereka serang sehebat yang boleh biarpun terpaksa berperang dengan polis. Pasal tidak turun padang memantau masalah rakyat atau memenuhi tuntutan rakyat tidak buat pun tidak kisah!!

Wahai Kadam Lee Khai Loon buka biji mata besar-besar lihat bezanya DS Najib Razak turun padang untuk menyampai bantuan dan keperluan berbanding Anwar yang turun padang untuk menyampai cerita-cerita mengutuk, menghina dan memfitnah. Kemudian beri angan-angan ke bintang walaupun janji-janji lama berbakul belum tertunai-tunai. Harap air Selangor boleh laaa puji sikit je!! sebab cara pelaksanaan tidak menyeluruh, banyak kawasan tercicir dan dengan hutang tertunggak, dengan saman semua cukup. Ini kebajikan merompak katakan!! Cuba Kadam Lee Khai Loon lihat bertapa sistematiknya DS Najib Razak menjalan tangungjawapnya:
Langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 (Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion) :

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000
  • Bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula diberikan baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar
  • Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia.
  • Dasar gaji minimum untuk sektor swasta pula bakal diumumkan tidak lama lagi. Dijangka pada Hari Pekerja 1 Mei 2012 ini
Langkah Jangka Serdahana :
  • Kedai Rakyat 1Malaysia
  • Klinik 1Malaysia
  • Menu Rakyat 1Malaysia
  • Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
  • Penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught
Langkah Jangka Panjang :
  • Memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan
  • Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertingkatkan lagi dengan memfokuskan untuk golongan pertengahan
  • Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
  • Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk perumahan bagi golongan nelayan dengan membina dan membaik pulih rumah
  • Meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak.
  • Memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah
  • Semua jumlah subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun

 Untuk lebih detail rujuk  sumber Berita Semasa

Bukalah mata besar-besar lagi wahai Kadam Lee Khai Loon. Perhatikan bagaimanakah Anwar Ibrahim dikatakan layak hendak menyelesaikan masalah-masalah negara sedangkan masalah sampah dekat Selangor yang tidak besar mana itupun, Pakatan Haram macam orang gila hilang akal, sudah hampir PRU13 pun tidak selesaikan lagi. Bagaimana rakyat hendak yakin Pakatan Haram mampu menyelesaikan masalah yang lebih besar. Setakat bercakap berlambak dalam Malaysia boleh bercakap, tapi mencari seorang pemimpin yang memimpin bukannya dengan mengambil calon yang penuh misteri akhlak moralnya, penuh misteri rancangan subahatnya dengan kuasa-kuasa dari luar terutama yahudi.

Kalau PKR dan Pakatan Haram sendiri tidak penah merialisasikan apa jua agenda mereka bawa dan perubahan kepada negeri jajahan mereka. Tidak payahlah wahai kadam Lee Khai Loon hendak menjadi cikgu mengajar orang lain. Buktikan kepada negeri jajahan Pakatan Haram dahulu baru mendabik dada, ada faham kaaa!!

Ada bagusnya Kadam Lee Khai Loon balik pejabat fikirkan bagaimana hendak selesai masalah ini daripada terpekik terlolong macam bodoh sombong!
  • Hutang air Selangor cecah 1 billion hingga Syabas mengambil tindakan undang-undang. 
  • Projek pasir banyak dicuri dari menjadi hasil negeri. 
  • Ubahsuai pejabat Menteri paling murah RM300 ribu.
  • Gaji pokok Pengurus Besar PKNS RM 40,000 sebulan disamping kemudahan dan lain-lain elaun, 
  • Tanah wakaf sekolah agama pajak kepada tokey cina
  • Padang bola PKNS SS7 Kelana Jaya, dirampas buat pusat komosial.
  • Pecat Alam Flora sehingga sampah bersepah-sepah tidak terurus di serata Selangor.
  • Tidak tahu mencari sumber dana untuk melunaskan janji-janji PRU12.
  • Kadar sewa KBKNS, Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan. Sebab hendak halau penyewa dan membolehkan dijual. hai dah macam Selangor tengah sesak sumber keewangan.
Berapa banyak jurang kelayakan PKR untuk menasihat kerajaan pusat mentabir. Kalau negeri sendri tidak tahu mentabir, tidak payahla belagak pandai! Tidak cukup sambung sini

No comments:

Isu Terkini

get this widget here