Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 15 April 2012

Kalau 83% Ok! Mampu Ke Anwar Bayar Balik?

Kalau 83% mampu langsaikan dengan sempurna tampa ada masalah dan kalau ada masalahpun boleh dirunding dengan mudah dan saksama. Mereka sekarang terdiri orang-orang yang mampu berdikari mengatur hidup tampa ada sebarang masalah. Kenapa kita perlu layan Mahasewel yang menjadi perosak negara. 

Apa Anwar fikir kalau dihapuskan PTPTN, bagaimana pula kepada mereka yang bayar habis. dan separuh habis bayar, Anwar hendak pulangkan balik ke? Cukup ke duit Petronas hendak dikikis?

Apa masalah dengan Mahasewel. Apa kau ingat halal ke hendak rompak duit rakyat semata-mata hendak cover penyalahan gunaan wang pinjaman untuk berjoli bukannya untuk tumpu perhatian berlajar?

83 peratus pelajar bayar balik pinjaman PTPTN - Agos

KUALA LUMPUR 10 April - Sebanyak 83 peratus atau kira-kira 690,000 daripada 840,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini melakukan pemotongan berkala bagi melunaskan semula hutang mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan berkata, buat masa ini pihaknya tidak menghadapi masalah pembayaran kerana sikap terbuka yang diamalkan ketika berurusan dengan peminjam.

"Sememangnya bukan semua peminjam dapat membuat bayaran balik mengikut kadar yang ditetapkan tetapi PTPTN amat fleksibel kita benarkan peminjam membuat bayaran mengikut kemampuan masing-masing.

"Kita juga tidak menafikan memang wujud peminjam yang degil untuk membuat bayaran balik, tetapi jumlahnya tidak banyak. PTPTN masih berupaya untuk memberi pinjaman kepada peminjam baru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan pihak tertentu yang meminta kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan terbaru, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji untuk membatalkan PTPTN jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti.

Menurut beliau, pihaknya turut memberi jaminan bahawa para peminjam yang sedang membuat bayaran semula itu akan terus melakukannya sehingga pinjaman masing-masing selesai.

"Ia dibuktikan dengan jumlah terkini sebanyak 83 peratus itu, walaupun ada di antara mereka terpaksa memanjangkan tempoh pembayaran daripada kontrak asal, tetapi tiada masalah untuk mereka terus membayar kerana kadar bayarannya rendah," katanya.

"Pelbagai kaedah bayaran balik kita telah tawarkan kepada peminjam dan kaedah-kaedah itu amat berpatutan. Yang penting kita mahu peminjam membuat bayaran semula tanpa mengambil kisah jumlahnya," katanya. Utusan Malaysia

2 comments:

eXception said...

Itulah taktik Anwar, bila tak dapat hasut rakyat... Dia hasut pelajar... Pelajar pulak bodoh matematik...

Boleh jika kerajaan nak buat pendidikan percuma, dengan syarat...

JANGAN MENYALAK MACAM ANJING BILA KERAJAAN NAIKKAN BERMACAM JENIS CUKAI!!!

Gempar!! Azmin Ali Maki Anwar?? Pasal Apa??

Anonymous said...

kenapa tak boleh?, Ini perkara baik untuk rakyat Malaysia.. apa salahnya kalau DSAI memperjuangkan PTPTM... kalau betul berjaya Alhamdullilah, Mengapa UMNO marah sangat... saya mendoakan UMNO berkubur dalm PR 13 nanti....

Isu Terkini

get this widget here