Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 6 April 2012

Ramalan Ekonomi Anwar Ibrahim Diketawakan


Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini. Sekarang apa lagi yang hendak diputar belitkan oleh Pakar Ekonomi Seringgit iaitu Anwar Ibrahim yang selalu sangat merungut dengan rekacipta cerita-cerita karut Negara Hendak Bankrap. Anwar Ibrahim kalau bercakap pasal ekonomi sampai terlupa yang dia dulu tokoh Kementerian Keewangan yang paling teruk di Malaysia. Anwar Ibrahim punya pakar ekonomi dekat Selangor lah sampai segala benda aset Selangor hendak digadaikan.  Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini .
Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Thursday, February 16, 2012

EKONOMI Malaysia terus berkembang seperti dibuktikan menerusi pendapatan perkapita yang meningkat ketara sejak 1970, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Beliau berkata, pendapatan perkapita meningkat kepada lebih US$9,000 (kira-kira RM28,000) setahun pada akhir tahun lalu berbanding hanya US$376 (RM1,159) pada 1970. 

"Kita kini bercakap mengenai merealisasikan kepada AS$15,000 pendapatan perkapita menjelang 2020, setelah melepasi AS$9,000," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) dan enam syarikat utama yang menyertai program Bakat Berpendapatan Tinggi-Jurutera Saintis Penyelidikan (HIT-RSE) di Shah Alam semalam
.

Program itu yang dilancarkan pada November tahun lalu antara SHRDC dan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), adalah antara program yang diluluskan menerusi Program Transformasi ekonomi (ETP).


Ia bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan dalam kerjaya bidang elektrik dan elektronik, minyak dan gas serta telekomunikasi.



Syarikat yang terbabit dalam program itu adalah
Marvell Semiconductor Sdn Bhd,
Spansion (Penang) Sdn Bhd,
Agilent Technologies Microwave Products (M) Sdn Bhd,
Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd,
Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd 
Rohde and Schwarz (M) Sdn Bhd.

MoU itu adalah selaras dengan matlamat TalentCorp untuk membangunkan kumpulan bakat Malaysia menerusi pelaksanaan inisiatif seperti Program Latihan Berstruktur (SIP).
SIP membolehkan majikan memperoleh kumpulan bakat yang lebih besar.


Mengulas lanjut, Nor Mohamed yang juga tokoh penting dalam Lembaga Pemegang Amanah TalentCorp, berkata aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai menerusi pertumbuhan yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan kecekapan yang tinggi.


Oleh itu katanya institusi latihan seperti SHRDC mempunyai peranan penting dalam membangunkan tenaga kerja berbakat tinggi yang mampu merealisasikan hasrat itu.

"Meningkatkan kemahiran dan keupayaan bakat sedia ada dan akan datang sangat penting bagi menyediakan bakat bersesuaian," kata Nor Mohamed.


Sementara itu, Pengerusi SHRDC, Tham Wai Keong, berkata MoU itu mencerminkan komitmen pusat itu dalam mengeluarkan kumpulan bakat untuk menggerakkan negara ke hadapan, seperti yang dilakukan sejak 20 tahun lalu. 

– BERNAMA


Hahahah kantoi Anwar oooi!!  Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini. Baca sini

2 comments:

rezqeen hill said...

Salam,

Mohon maaf tadi saya sudah link kan di blog saya tapi ada masalah teknikal. Terima kasih.

Teruskan berjuang!~ ;)

Anonymous said...

setakat cerita ekonomi berkembang, tapi rakyat cuma terseksa dengan kenaikan harga barang yang melampau.

Isu Terkini

get this widget here