Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 10 May 2012

Formula Khalib Ibrahim Krisis Air Ajaib Selangorku

Formula Khalib Ibrahim Krisis Air Ajaib Selangorku. Kehebatan air ajaib ini telah memberi ruang dan peluang buat Khalib Ibrahim untuk terus bersendiwara. Ternyata Air Ajaib Selangorku dapat mempengaruhi pecacai-pecacai yang membuta tuli mempercayai. Biasalah Pecacai Pakatan Rakyat memang percaya sangat benda-benda ajaib dalam Pakatan Rakyat yang berwajah Pakatan Haram.

Semenjak Formula Khalib Ibrahim Krisis Air Ajaib Selangorku, sendiwara ini menjadi modal buat Penasihat Seringgit terhebat dengan auta-auta marangkrapu, iaitu Anwar Ibrahim dimedan-medan ceramah yang dihadiri oleh pecacai-pecacai membuta tuli percayakan sangat keajiban dari Pakatan Rakyat.

Sendiwara ini menjadi modal untuk menyembunyikan segala kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji PRU12. Wahal Air Ajaib Selangor ini tak kemanapun hebatnya kerana sendiwara air percuma Selangor hanya mempunyai keajaiban diatas muka kertas sahaja. 

Sedangkan lebih dari 1.4juta penduduk selangor belum penah menikmati air percuma. Buktinya Khalib Ibrahim terlupa zon kawasan tercicir dari mamfaat air pecuma, iaitu zon kawasan kod 17 yang ada 765 blok dan kod 18 rumah pangsa dengan jumlah 643 ini berhijrah ke meter individu, sudah tentu pertambahan 350,000 akaun baru yang dilupai. Jika sebelum ini, Menteri Besar menyatakan bahawa seluruh rakyat Selangor menerima pemberian air percuma, bagaimana pula dengan 1.4 juta rakyat Selangor yang tinggal di rumah pangsa dan kondominium ini? Dengan ini bermaksud rakyat Selangor yang tidak mendapat kupon air percuma (meter pukal) adalah RM167,580,000 (dengan anggaran 350,000 x RM11.40 x 42 bulan)? Penah Khalib Ibrahim terjemahkan mengapa bergitu ajaib sangat dengan air percuma Selangor?

Kenapa sampai bergitu sekali? kerana Kerajaan Negeri kekurangan dana untuk memenuhi tuntutan janji mereka memberi air percuma dan setelah masalah itu berlarutan, kesemua kesalahan dihala kepada Syabas dan kerajaan Persekutuan. 

Bukan setakat itu malah Air Ajaib Selangorku masih berlarutan dengan sendiwara lain iaitu berkokok dengan menuduh Syabas dan Kerajaan Persekutuan bersekongkol menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014. Sedangkan kerajaan Negeri Selangor mengatakan melalui pakar mereka telah membuat kajian bahawa krisis air di Lembah Klang akan berlaku pada 2019. 

Malah Khalib Ibrahim pergi lebih jauh dengan mencadang mengunakan air lombong terbiar Selangor yang kebanyakan hasil kegiatan rakus mencuri pasir Selangor. sebagai alternatif penyelesaian air dan yang sebenarnya hanyalah cara menutup isu kecurian pasir hingga banyak muka bumi Selangor berlubang-lubang terbiar. Fuh!! Ajaib betul Formula Khalib Ibrahim Krisis Air Ajaib Selangorku

Lebih tidak bertanggungjawap lagi Khalib Ibrahim tergamak meminta bantuan guaman dari pihak luar? Kenapa masalah negeri Selangor pun mesti ketahap meminta bantuan guaman luar? Itu baru memerintah negeri sudah sampai macam ini, apatah kalau berpeluang mentabir negara, lagi maha dashat mereka lakukan? Inilah penipuan maha dashat setelah berhutang dengan syabas, berhutang dengan kerajaan pusat, sanggup pulak menipu konon2 aset kerajaan negeri melebihi 9 bilion dari aset asal semata-mata untuk menyembunyikan ketidak upayaan mentabir isu air, itu belum termasuk isu pasir, isu sampah, isu aset tergadai, isu salahguna kuasa kroni, isu murtad dan pelbagai isu yang lagi-lagila berserabut jadinya.

Akhirnya berlaku campurtangan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mungkin merasa terlampau jauhnya sendiwara Khalib Ibrahim Perkenalkan Air Ajaib Selangorku. Sultan menegur jangan dipolitikan isu air kerana melibatkan kepentingan rakyat Selangor untuk tempoh jangka masa panjang. Ada betulnya titah Sultan kerana sendiwara Khalib Ibrahim Perkenalkan Air Ajaib Selangorku ini, akan menyebabkan rakyat Selangor yang merana nanti.

Khalib Ibrahaim akur tetapi masih juga mempolitikan titah Sultan dengan cuba mengalih lagi salahnya kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui kononya jangan berdolak-dalik dan menggunakan kuasa beliau sebagai menteri untuk memastikan syarikat konsesi memberi persetujuan kepada rancangan penstrukturan yang dibuat oleh kerajaan negeri. Itu sahaja yang Khalib Ibrahim mampu lakukan ketika jam PRU13 berketik TIK! TOK! TIK! TOK! Masa semakin singkat bila-bila masa perang PRU13 bermula.

Masa sesingkat ini amat berserabut buat pentabiran Selangor yang hanya ada satu isu separuh kuat untuk diketengahkan itulah dipanggil Khalib Ibrahim Perkenalkan Air Ajaib Selangorku sebagai bukti yang mampu naikkan imej Pakatan Rakyat. Walaupun hampeh!!!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here