Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 13 September 2012

Baru Bian Sabotaj Angkatan Tentera Kerana Takut Hilang Populariti

Apa yang kita tahu, rakyat biasanya mengharapkan dari pemimpin samada dari Kerajaan atau Pembankang adalah menyediakan pembangunan yang memenuhi kehendak masyarakat setempat. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia kelihatan Pakatan Rakyat tidak sudah-sudah cuba mensabotaj apa sahaja usaha kerajaan dalam Program Tranformasi (ETP)

Bergitu juga dengan situasi di Ba'kelalan apabila Baru Bian kecut perut dengan usaha kemasyarakatan dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk membina jalan raya bagi memudah perhubungan kawasan pendalaman dari Ba'kelalan ke Bario.

Pada November 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah diberi penghormatan terbesar oleh 30 ketua kaum yang sanggup keluar dari kawasan pendalaman yang amat jauh hingga makan 2 hari perjalan. Ini semua dilakukan kerana berasa amat terharu keatas tahap prihatin Perdana Menteri untuk merialisaikan perhubungan darat yang sebelum ini masyarakat setempat terpaksa menggunakan pengangkutan udara.

Sebenarnya projek ini telah berjalan sejak Kerja-Kerja penambahbaikan yang baru selesai itu, termasuk membina jalan masuk ke beberapa kampung serta sepuluh jambatan baru, dilaksanakan Rejimen Askar Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui teknologi penstabilan tanah di bawah projek ‘Jiwa Murni’.
Paling menarik ATM berjaya membina jalan sejauh 75 kilometer itu dengan kos RM52 juta berbanding RM250 juta, 75% lebih murah berbanding dilaksanakan melalui kontrak konvensional.

Kisahnya apabila tiba masa untuk membina laluan jalan melalui sungai Kelalan dan Sungai Burak seperti biasa puak-puak Pakatan Rakyat yang dipengaruhi Baru Bian sengaja menggunakan alasan-alasan alam sekitar untuk menghalang pihak tentera meneruskan pembinaan jalan raya menghubungi ke kawasan Bario.

Adalah pelbagai alasan pecemaran sungai direka-cipta puak-puak Pakatan Rakyat mengalahkan pembinaan kilang. Pelik selama ini adakah semua sungai di Malaysia rosak kerana pembinaan jalan raya mahupun kawasan tadahan air? 

Yang paling menarik bakal merosakan sawah padi! Mungkin Baru Bian belum penah turun ke negeri Jelapang Padi Kedah itu sebab lah dia tidak berapa tahu yang padi-padi dekat Kedah tidak penahpun rosak kerana pembinaan jalan raya! malah lebih memudah rakyat membaja, menuai dan membawa keluar hasil pertanaian. Adakah bab ini Baru Bian tidak terjangkau akalnya untuk difikirkan?

Berginilah cara puak Pakatan Rakyat cuba sabotaj apa sahaja pembangunan yang cuba ditunaikan Perdana Menteri kita. Ada sahaja serba tidak kena walaupun pada hakikatnya tidaklah memberi kesan bagaikan mengalah pembinaan kilang. Kalau semua perkara tidak boleh alamat terbengkalailah segala keperluan masyrakat setempat.

Atau sebenarnya Baru Bian terasa tergugat dengan kemampuan Perdana Menteri dalam memenuhi janji-janjinya. Almaklumlah kalau hendak dibandingkan dengan mana-mana negeri dibawah Pakatan Rakyat serba-serbi tidak jadi dan banyak sangat angan-angan Mat Jenin.

Atau Baru Bian takut tahap kepercayaan rakyat kepada kemampuan Najib Razak dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat meningkat?

Disebabkan persoalan berginilah puak-puak Pakatan Rakyat bersedia melakukan apa sahaja demi mensabotaj apa sahaja Program Tranformasi Kerajaan. Bukan sekali tetapi berulang-ulang kali meliputi seluruh Malaysia dan ini agenda utama Pakatan Rakyat. Sudah tidak ada kerja lainkah puak-puak Pakatan Haram ini? Memang PecahPalakMikir layan perangai puak-puak Pakatan Haram!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here