Mereka tanpa bimbang memegang nadir bumi itu semalam tanpa sarung tangan selepas mendengar penerangan pakar dari Lynas (M) Sdn Bhd (LYNAS) radiasinya rendah.
Ia sekali gus menolak segala tohmahan dilemparkan pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Save Malaysia Stop LYNAS (SMSL) terhadap bahan mentah berkenaan.
Sambil menyifatkan ia hanya mainan politik pembangkang, ada penduduk mendakwa maklumat disebarkan NGO berkenaan selama ini tidak berdasarkan fakta sebenar.
Sesi peneranganPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Balok Maju, Abdul Mukhtar Ngah, berkata sesi penerangan oleh Penasihat Keselamatan Radiologikal LYNAS, Prof Dr Ismail Bahari selama hampir sejam mendedahkan pelbagai maklumat, sekali gus menangkis semua fitnah SMSL.
“Kami sudah pegang dan lihat dengan mata sendiri dan jelas ia tidak berbahaya seperti didakwa. SMSL mempunyai agenda tersendiri dan mereka hanya berniat untuk mengelirukan kami.
“Bagi saya, kesimpulan mudah boleh dibuat selepas mendengar penerangan ini bahawa selama ini apa yang SMSL lakukan hanya bermotifkan politik semata-mata.
“Sudah tiba masanya mereka (SMSL) berhenti daripada melakukannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penerangan dan Taklimat kepada Penduduk dan Media, di kilang LAMP, di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.LYNAS telusPenduduk, Siti Aminah Talib, 55, berpendapat usaha LYNAS membawa penduduk melihat operasi kilangnya membuktikan mereka telus dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada penduduk.
“Dari dulu lagi saya percaya dengan tahap keselamatan operasi kilang ini. Cuma, apabila ada usaha pihak pembangkang dan SMSL menyebarkan pelbagai cerita...saya risau juga. Tetapi apabila datang tengok sendiri, barulah saya faham semua dakwaan itu tidak betul,” katanya.
Henti politikkan isuSementara itu, bekas pekerja lombong bijih besi, Omar Abdul Rahman, 84, berharap isu itu tidak dipolitikkan lagi kerana ia mengganggu operasi kilang itu dan menjejaskan mata pencarian pekerjanya.
“Cukuplah.. patutnya kita beri mereka peluang. Jangan sebab kita semua mahu berpolitik, kita pertaruhkan nasib anak tempatan yang mencari rezeki di sini,” katanya.
Sementara itu, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dalam kenyataannya semalam berkata, LYNAS kini memulakan ujian pemprosesan bahan pekatan lantanid secara terhad selaras dengan Lesen Peringkat Pengendalian Sementara yang dikeluarkan 3 September lalu.
Katanya, pegawai dari lembaga itu sudah ditempatkan di premis LYNAS sepenuh masa bagi mengawal selia secara berterusan pada setiap peringkat proses ujian bahan untuk memastikan segala keperluan undang-undang dan standard keselamatan dipatuhi.
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment