Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 29 December 2012

[Video] Abby Abadi Terima Hidayah Bongkar Isu Tanah

Hidayah Abby Abadi makin terserlah apabila mula pandai menceritakan soal isu tanah. Bukan main banyak auta fakta al unta dihujahkan! Inilah Abby kegairahan untuk menceburi politik sampai bercakap tampa fikir hujung dan pangkalnya.

Abby mungkin boleh menceritakan soal felda dengan apa jua auta tetapi alangkah bagus sentuh-sentuh laa sikit bab Ladang Rakyat apa ceritanya? mana halanya? apa kesudahannya? Bukankah Ladang rakyat lebih menjelaskan yang muslihat PAS lebih dahsyat meranapkan harapan rakyat. Tetapi inilah tugasan Abby sebagai manusia belaan PAS bukan! Mungkin ucapan Abby halal kerana mungkin telah dijanjikan syurga!

 Kalau hendak bercakap soal kebenaran! bertanyalah Abby yang berapa jutakah rakyat Kelantan menerima faedah dari Ladang Rakyat atau Abby sengaja suka dirinya diperbodohkan dan kebutaan yang Felda banyak membantu melayu islam hidup dengan selesa melebihi 100 kaliganda berbanding Ladang Rakyat yang entah apa-apa jadinya.

Abby buka mata saksikan siapa yang zalim sebenarnya? Atau Abby pembohong besar sebenarnya?

2 comments:

Anonymous said...

Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.

Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.

Anonymous said...

GSA adalah merupakan satu instrumen undang2 utk, memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yg bernama peneroka untuk membangunkan tanah2 dlm Rancangan Berkelompok tersebut.

Di bawah Seksyen 37 GSA, Felda hanya boleh membuat apa2 peraturan/polisi/undang2 kecil di setiap Rancangan selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

Barang diingat, di bawah Akta GSA, hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu(seksyen 7(2) dan 11(1) dan melalui Koperasi yang diuruskan Felda(seksyen 35)

Ketika Tun Dr Mahathir mansuhkan pembukaan felda baru tahun 1990, beliau telah khianat pada rakyat, Kerajaan Negeri dan derhaka pada Baginda Sultan Negeri2.

Isu Terkini

get this widget here