Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 30 January 2013

Bantuan PPRT Senjata Sabotaj Barisan Nasional Sarawak

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Antaranya PPRT. Masalahnya usaha kerajaan telah menjadi senjata menikam tuan apabila amanah gagal disempurnakan oleh pihak yang dipertanggungjawapkan.

PPRT Peruntukan Penduduk Rakyat Termiskin di kawasan Parlimen P201 Batang Lupar meliputi Sebuyau hingga Pusa dibebani dengan unsur-unsur kegagalan yang secara tidak langsung menjadi agenda sabotaj perjuangan dikalangan Ahli Parlimen dan Adun. Sudah tentu ini menjadi faktor negatif buat BN diketika saat-saat hampir PRU13

PPRT merupa bantuan di bawah Tranformasi Kerajaan yang mengagihkan bantuan berupa bantuan membaiki rumah, bantuan wang sara hidup dan bantuan berbentuk keperluan pertanian.

PPRT dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah. Biasanya Pejabat Daerah akan menghantar berberapa kakitangan yang bertugas untuk mendapatkan data bagi tujuan penapisan dan kelulusan.

Ada rungutan rakyat yang menyentuh kakitangan yang datang adalah kurang berkemahiran dalam melaksanakan bancian walaupun terdapat borang kaji selidik. Hasilnya bila sampai masa kelulusan dan pengagihan bantuan, golongan penerima adalah tersasar dari golongan sasaran, Sebaliknya terdapat orang kaya menerima bantuan dan yang miskin terpinggir. Ada juga rugutan ada SAO? yang selalu gagal mendekati rakyat malah ketika ada aktiviti yang dilakukan Ahli Parlimen dan Adun juga gagal menghadirkan diri. Puncanya dikhabarkan SAO di kejar Along?

Soal ini telah menjadi rungutan rakyat miskin apabila banyak bantuan yang diperuntukan gagal kepada golongan sasaran. Lebih mengejutkan ada laporan kelulusan dibuat atas kuasa kerani hingga timbul unsur pilih kasih. Yang paling menyedihkan golongan berada mendapat dan yang benar miskin dipinggirkan. Akhirnya Tranformasi Kerajaan gagal mencapai matalamat. Sebaliknya ini telah menjadi kempen yang boleh di salah gunakan Pakatan Rakyat

Malah situasi ini menjadi bahan momokan Pakatan Rakyat yang sedang aktif menjalankan aktiviti perang saraf. Jangan lupa yang kawasan P201 telah menjadi tumpuan PAS dan PKR yang telah hampir setahun berkampung dan meracuni penduduk kampung secara rutin. Malah mereka juga merasuah dengan pemberian beras gula pakaian untuk memikat beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

Apa yang sebenarnya sedang berlaku? Adakah wujud unsur khianat dan mengambil kesepatan dikalangan orang tertentu. Atau menyusupnya pro PR dalam Jabatan Kerajaan? Atau terdapat kakitangan yang kurang bermotivasi dalam perlaksanaan tugas?

Pendedahan ringkas ini perlu diberi perhatian BN Sarawak demi tanggungjawap dan membersih amalan tidak bertanggungjawap dikalangan kakitangan kerajaan yang memegang amanah sebagai penyempurna Tranformasi Kerajaan. Kalau ini gagal yang menerima kesan adalah kerajaan, sedangkan kakitangan saban tahun menikmati pelbagai inbuhan dan kenaikan gaji tetapi prestasi masih juga menjadi senjata menikam kerajaan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here