Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 22 January 2013

Tunku Aziz Bongkar Siapa Lim Guan Eng Tapi Mat Sabu Terkena Tempias


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengingatkan DAP supaya berhenti 'mengganggu' ketenteraman orang Islam di negara ini ter-utama dengan desakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang mahu bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata, Guan Eng sengaja mencampur-aduk isu politik dengan agama untuk memecahbelahkan perpaduan selain mengakibatkan percakaran antara pemimpin Islam.

"Apa hak Guan Eng untuk campuri urusan orang Melayu dan Islam? Apa kelayakan beliau?
Arif sangatkah beliau dengan Islam? Saya sendiri orang Melayu dan tidak suka orang 'luar' sepertinya untuk mencampuri urusan yang berkait dengan agama kami.

"Adakah sesuatu keterlaluan untuk meminta Guan Eng serta konco-konconya untuk tidak mengganggu orang Melayu dan agama mereka? Janganlah hanya kerana mahu menang pilihan raya, sanggup mempergunakan isu ini. Saya tidak pasti apa agenda beliau tetapi ingin saya ingatkan, buruk padahnya jika berterusan menimbulkan isu menyentuh sensitiviti kaum Melayu,

" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau turut menggesa Guan Eng supaya lebih peka dan berperikemanusiaan dengan setiap tindak tanduknya yang akhirnya hanya mengakibatkan bibit-bibit perpecahan antara kaum.

"Guan Eng harus bertanggungjawab, mengapa masih mahu bersikap 'pengecut' dengan menyalahkan media arus perdana mungkin akan memutarbelitkan fakta? Kenapa sebelum ini memandai-mandai mendesak kerajaan untuk membenarkan kalimah Allah digunakan olehnya?

"Nampaknya apabila Pas enggan bersekutu dengannya dalam perkara ini, Guan Eng seolah-olah sudah hilang arah dan bertindak menyalahkan orang lain.

"Saya juga ingin meminta Karpal Singh supaya berhenti 'membela' setiap perlakuan Guan Eng dengan meminta Pas mengkaji kembali keputusan Majlis Syura Ulama. Kepada semua pemimpin bukan Islam dan Melayu, sila henti campur tangan dalam urusan agama," tegasnya.

Tunku Aziz juga melahirkan rasa lega dengan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas walaupun bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130122/po_03/Tunku-Aziz-Hentikan-ganggu-umat-Islam#ixzz2Ihr26pll © Utusan Melayu (M) Bhd
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here