Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 1 February 2013

Radio Free Sarawak Terbaik ?

Wah terbaik sekali Radio Free Sarawak bermain wayang di Sarawak. Dari bagaimana mula menyusup mendapat siaran hingga menyiar berita palsu dan lebih kepada menghasut rakyat terutama dikalangan penduduk rumah panjang.

Bagaimana Radio Free Sarawak boleh menyusup masuk dikalangan warga rumah panjang? Mengikut cerita-cerita penduduk rumah panjang. Meteka datang dengan menyamar sebagai wakil kerajaan dan ingin menyampai bantuan kepada rakyat dengan memberi beras 1 Malaysia, kalender dan radio kecil termasuk CD yang mempunyai propaganda PR. Antara alasan yang mereka beri ini adalah ini satu program yang dilancarkan kerajaan.

Taktik ini menyebabkan ramai rakyat terpedaya dan bermulalah peranan siaran pendek Radio Free Sarawak menyampaikan dan menghasut rakyat dengan pelbagai agenda termasuk cuba menghasut dan mempersoalkan status tanah NCR.

Bagaimanakah menyelesai masalah tanah NCR jika penduduknya sendiri tertanya dikalangan sesama pengusaha yang tidak pasti dimana sempadan tanah yang diakui mereka?

Pihak pembangkang melalui Radio Free Sarawak sengaja menggunakan isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk meraih sokongan rakyat di negeri ini. kerajaan sentiasa mengiktiraf tanah NCR yang dimiliki masyarakat Bumiputera di negeri ini dengan melakukan penyukatan bagi memberi hak milik kepada mereka.

Isu berkaitan dengan tanah NCR sentiasa dibangkitkan pihak pembangkang terutama menjelang pilihan raya dengan dakwaan kononnya kerajaan merampas tanah rakyat. Ini tidak berasas sama sekali kerana kerajaan telah melakukan dan mengiktiraf tanah NCR sejak tahun 1958 lagi.

“Proses penyukatan tanah NCR tidak boleh dilakukan sekali gus kerana faktor bentuk muka bumi dan kawasan penduduk yang berselerak

Kerajaan sentiasa teliti dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan tanah NCR agar tidak timbul pertelingkahan.

Malah sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah! tugasan dan amanah dilakukan dengan baik sekali kepada rakyat demi kemajuan rakyat sendiri.

“Kemajuan yang dibawa BN telah membolehkan rakyat meningkatkan pendapatan mereka dan menjamin masa depan yang lebih gemilang,” tambahnya. Malah tempias kemajuan yang dibawa BN turut dirasai setiap pelosok kampung dalam kawasan itu sambil menegaskan politik yang dibawa BN adalah politik pembangunan untuk rakyat tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menghasut dengan pelbagai kaedah termasuk Radio Free Sarawak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here