Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 26 March 2013

Fulamak! Anwar Terasa Gah Dari TUN DAIM ZAINUDDIN

Memang benar Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkumi Menteri Keewangan. Tetapi Anwar banyak mencipta kegagalan semasa diberi peluang untuk mentabir negara sebelum diberi berkesempatan menjawat Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir. Mari kita bongkarkan...

Kadar bursa Malaysia pernah mencecah paras terendah dalam sejarah negara yakni 261.33 semasa Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Malaysia. Ketidakpercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim mentadbir kewangan negara merupakan faktor utama menyebabkan jumlah pelaburan semakin berkurangan seterusnya mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh menjunam sehingga paras terendah dalam sejarah negara.

Namun tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menyelamatkan keadaan dengan mencadangkan pinjaman wang daripada sekutunya, International Monetary Fund (IMF) mendapat tentangan Tun Mahathir Mohamad (Dato' Seri ketika itu) kerana dikhuatiri akan menyebabkan negara ini "terjajah" di bawah IMF. Maka Tun M terpaksa bertindak memecat Anwar dan mengambil alih semula pentadbiran kewangan negara.

Pada 1 September 1998, Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah dalam sejarah negara, 261.33 disebabkan kurang kepercayaan pelabur terhadap kewibawaan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan juga turut disumbangkan oleh kegagalan Anwar menangani krisis ekonomi dunia bermula 1997.

Maka pada 2 September 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dan Tun Dr. Mahathir (ketika itu, Dato' Seri) telah mengambil alih semula kementerian kewangan untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada Malaysia. Hasilnya, berlaku peningkatan jumlah pelaburan dalam pasaran Bursa Malaysia menyebabkan Bursa Malaysia terus meningkat dan meningkat.

Zaman Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Kewangan di saat krisis ekonomi global ppada tahun 2008 masih terasa. Walaupun begitu, ternyata paras terendah Bursa Malaysia sepanjang Dato' Seri Najib bertindak sebagai Menteri Kewangan ialah 801.27 berbanding paras terendah Bursa Malaysia semasa zaman Anwar sebagai Menteri Kewangan, 261.33.

Malah graf pasaran Bursa Malaysia terus melonjak semenjak Dato' Seri Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beberapa inisiatif kerajaan ternyata berjaya menarik golongan pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini, disamping kepercayaan pelabur dengan kondisi ekonomi negara yang stabil.

Hasilnya peluang pekerjaan terus meningkat dan pendapatan negara mampu dijana dengan baik.

Apa kata TUN DAIM ZAINUDDIN

Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menjawab soalan-soalan wartawan berhubung PRU12, Anwar Ibrahim dan masa depan negara.

Tun Daim memang banyak pengalaman urus ekonomi negara. Tun Daim bimbang tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM.




Kesimpulan

Adakah anda mahu memilih Menteri Kewangan TERBURUK dalam sejarah sebagai Perdana Menteri?

Anda sudah mampu menilai sendiri daripada graf Bursa Malaysia yang telah diberikan. Anda boleh lihat dan pertimbangkan, siapakah lebih layak untuk meneraju negara demi memastikan keadaan ekonomi negara terus stabil dan aman. Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman. Wak sudah membuat pilihan, anda pula bagaimana?

Note: Sebagian penulisan diambil dari Wak Canang...
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here