Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 19 March 2013

Murshidul Am Tibai Bapa Saiful Di Sarawak


Kenangan Murshidul Am Tibai Zahid Md Arip kerana sudi menandatangan poster Pecah Palak Mikir.

Zahid banyak mencerita isu prihal Anwar Ibrahim di depan 500 orang jentera Barisan Sarawak dalam misi mempertahan dan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak. Besok PPM akan uploadkan berberapa siri youtube yg menarik dari bengkel ini

Yang paling menarik Murshidul Am ada menceritakan Bapa Saiful Azlan pernah datang berjumpa Zahid dan Ezam untuk mendapatkan sedikit wang kerana sesak. Disangka setakat RM2000. Lalu berkongsikanlah antara mereka seorang RM1000 tetapi yang dicari adalah 5juta. Mahu tak meloncat mereka berdua.

Mereka ada menyuruh Azlan berjumpa dengan Najib untuk dapatkan bantuan. Tetapi bapa Saiful tidaklah berani untuk meminta dengan DSN. Kerana isu Saiful bukanlah sesuatu yang dirancang tetapi ianya berlaku kerana Saiful dengan sendiri membuat pendedahan dan laporan polis. Malah bersumpah laknat yang ditemani bapa Saiful sendiri kerana kehendaknya.

Jadi ada logiknya Bapa Saiful teragak-agak mengadap DSN. Setelah habis pertemuan mereka menghubungi Saiful bertanyakan benarkah bapa Saiful punyai masalah wang yang kritikal. "Iya jawap Saiful sebab kalah judi! Jangan dilayan" bergitulah lebih kurang bunyinya.

Bermula dari itu dalam keadaan terdesak bapa Saiful bertemu dengan Anwar dan berjaya mendapat wang dari Anwar yang mungkin mencecah sehingga 5juta atau antaranya. Tetapi tahniah ucapan Murshidul Am kerana bukan mudah untuk mendapat wang dari orang seperti Anwar!

Balasan bantuan Anwar membuatkan bapa Saiful mengeluarkan kenyataan U Turn yang kisah Saiful diliwat kerana agenda pihak tertentu memperalatkan Saiful untuk menjatuhkan Anwar.

Hakikatnya Saiful yang diliwat dan bersumpah laknat atas dirinya sendiri jika dia Saiful mengadakan cerita nenjatuhkan Anwar. Itu diteman bapanya sendiri bukan? Jadi dimana isu Saiful dipergunakan?

Walau apa jua bapa Saiful buat kerana melepas sesak! hakikatnya Anwar masih juga gagal membuktikan dirinya tidak bersalah! Walaupun bapa Saiful dapat dibeli tetapi ini telah menjadi isu yang menghantui rakyat akan kelayakan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia. bersambung...



Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here