Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 11 March 2013

Ops Daulat Jacel Bimbang Situasi Kebuluran Abraham Idjirani bersama Pengganas Sultan Sulu Palsu

Situasi di Lahad Datu masih dikuasai Tentera dan Polis Malaysia yang melancar serangan besar-besaran terhadap pengganas Sultan Sulu Palsu.

Menurut laporan  Philippine Daily Inquirer. Jurucakap di sidang media Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani mengakui Agbimuddin Kiram yang kononnya Raja Muda Sulu, masih selamat dalam perlarian secara berkumpulan dari satu tempat ke satu tempat untuk mengelak dari serangan agrasif Tentera dan Polis Malaysia.

Mereka sekarang berada dalam keadaan kelaparan dan tidak mempunyai sebarang pengangkutan lain seperti bot dan apa jua yang lain kerana bot yang mereka guna untuk menyeberang menceroboh Lahad Datu telah dimusnahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Keadaan ini membimbangkan anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel hingga mendesak Kerajaan Filipina yang enggan untuk campur tangan untuk menyelamatkan bapa saudaranya dari di zalimi Kerajaan Malaysia. Sebelum ini dia menganggap Kerajaan Malaysia adalah pengganas sebenar kerana menyerang Pengganas Sultan Sulu Palsu walaupun mereka terlebih dahulu menolak sebarang rundingan sehingga membunuh 8 anggota Polis Malaysia. Malah kerajaan Pilipina membantu Malaysia dengan mengarahkan tentera laut Pilipina mengawal setiap pesisiran pantai Pilipina bagi mengekang dan menghalang ada lagi pengganas yang ingin cuba menyeberang ke Sabah.


Peluang rundingan pernah diberikan, sehingga kerajaan Malaysia menangguh sebanyak 4 kali operasi demi membolehkan rundingan diadakan tetapi gagal dimamfaatkan pengganas, sebaliknya mereka memilih berperang sehingga membunuh polis Malaysia. Menyebabkan kerajaan Malaysia tidak mahu bertolak ansur lagi seperti mana ucapan Perdana Menteri Malaysia mengatakan "Masa berunding telah tamat dan sekarang masa mempertahankan kedaulatan Malaysia. dan saya tidak akan membenarkan setiap incipun Malaysia ditawan musuh" Ucapan ini telah mendapat tepukan ribuan rakyat yang hadir sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Sementara itu dalam keadaan terdesak Jacel berkata "Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden (Aquino Filipina) tetapi hampa.

Malah Jamalul Kiram telah mengulangi 2 kali pendirian untuk meletak senjata. Masalahnya hati rakyat Malaysia telah terguris dan marah dengan keganasan melampau pengganas yang tidak mempunyai sifat perikemanusian hingga sanggup memenggal polis Malaysia secara kejam. Telah memberi isyarat kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk tembak pengganas sampai mati atau tangkap hidup-hidup untuk dibicarakan di Malaysia.

Sekarang kerajaan Malaysia menggunakan segala kekuatan yang ada untuk menghapuskan saki baki pengganas yang ada, hasilnya operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada 53 pengganas ditembak mati dan penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

Anonymous said...

Kepada pengganas-pengganas Sulu,

Tiada maaf bagimu.Selamat mati kebulur sekiranya tak mati ditembak pasukan keselamatan!

Isu Terkini

get this widget here