Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 20 April 2013

PRU13 P.194 Nazib Buntu Akal Melawan Fadillah Yusof


Inilah hero PKR yang buat kali kedua bertanding di Sarawak Ahmad Nazib Bin Johari, yang pernah kalah dalam PRN 2011 kepada calon BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, merebut kerusi DUN Satok.

Kacak benar Ahmad Nazib. Sekilas pandang, pastinya membuat gadis-gadis tidak tidur malam. Manakan tidak, selain memiliki rupa paras yang kacak, Ahmad Nazib merupakan calon muda AMK dari PKR yang sekarang sekali lagi mencuba nasib dengan mencabar Datuk Fadillah Yusof, merebut kerusi MP bagi Parlimen Petra Jaya P.194.

Ahmad Nazib pernah memberitahu rakyat Satok bahawa dia adalah graduan lulusan Universiti Malaya, lulus hebat dalam jurusan Undang-Undang Syariah, dan merupakan seorang USTAZ di kawasan Satok. Dia mahir membaca ayat-ayat lazim! Begitulah dakwanya.

Selain itu, dia juga meminta rakyat supaya memberikan undi padanya memandangkan dirinya adalah "seorang muslim yang baik", "seorang suami dan ayah yang sangat setia dan baik kepada isteri dan anak-anaknya". Dia suami dan bapa "mithali". Itu kempennya.

Setelah gagal menjadi pengganti Abang Jo yang muda, "kacak", berkelulusan tinggi, "alim", "warak", "kuat agama", "setia dan sayangkan isteri", "bapa yang baik" dan "tidak sosial" serta pandai menjaga imejnya sebagai pemimpin yang berpotensi untuk berstatus "Anugerah Tuhan"! Sekarang bercita-cita untuk menganti Datuk Fadillah Yusof pula. Baguslah mencuba nasib namanyakan!

Jadi, apa kata orang Satok? Lihat gambar di atas, adakah gadis di sebelahnya itu isterinya? "Alim" dan "warak" sungguh "ustaz" Ahmad Nazib, ya?

Itu kisah lama, tetapi hari ini Ahmad Nazib bercakap soal kegagalan pembangunan tetapi apakah dia yang subjek yang sebenar tidak pula dijelaskan dengan detail. Seolah-olah Nazib tidak tahu apa yang sebenar yang hendak diperjuangkan di Petra Jaya

Sebab dari itulah Nazib hanya mampu dengan mengedar pelbagai risalah manifesto yang mewakili PKR semenanjung sebagai inti parti kempennya di Petra Jaya. Hendak hapus tol?? Hendak hapus AES? Alahai jauhnya tersasar. Hendak kata beri air percuma? Alahai PKR Selangor separuh mati mengelabah memikir bagaimana hendak memberi air percuma seluruh Selangor sampai akhirnya gagal.

Hendak memberi elaun RM600 kepada ibu yang anak setahun? Alahai BRIM dan mahu cecah RM1200 tanpa pilih ibu mengandung ke, ada anak ke! Tidak ada anak ke! Malah bapak-bapak yang tidak boleh beranak pun dapat dan ada lagi budak bujang pun dapat juga. Itu tidak termasuk dengan EKasih dan pelbagai imbuhan lain lagi.

Tinggal lagi kononnya hendak beri pendidikan percuma! Cuba fikirkan adakah pendidikan percuma boleh menjamin kepada pendidikan berkualiti? kalau semua IPTN  negara hendak tampung semua jumlah perlajar tidak cukup malah perlu tunggu bertahun untuk penuhinya.

Sebagai alternatif lain adalah IPTS. Jika IPTS menampung peluang pendidikan percuma berapa jumlah kosnya? Malah IPTS tumbuh macam cendawan sebab dapat ambil perlajar sesuka hati kerana semua kos ditanggung kerajaan. Persoalannya adakah kualiti pendidikan terjamin bila semua IPTS berlumba-lumba sebegini rupa? Bukankah lebih bagus siapa yang dapat pencapaian terbaik dapat keuntungan dengan PTPTN ditukarkan kepada Biasiswa. Kerana ini boleh menggalakan pendidikan berkualiti.

Persoalannya yang paling menarik, adakah selama ini Admad Nazib tidak pernah membuat sebarang analisis pembangunan Petra Jaya? Semua rakyat Sarawak tahu kawasan Petra Jaya sedang pesat membangun sampai Ahmad Nazib terpaksa menggunakan manifesto PKR Pusat untuk berkempen. Dengan alasan gagal sekali memahami apa kehendak rakyat Petra Jaya?

Selama ini rakyat Sarawak tahu siapa Datuk Fadillah Yusuf yang mempunyai rekod bersih dan berjaya merubah pembangunan Petra Jaya dari pelbagai aspek meliputi kemudahan infrastruktur yang sentiasa dikemaskinikan, kebajikan rakyat yang terjaga yang juga meliputi Tranformasi Kerajaan oleh Datuk Sri Najib Razak. Jadi untuk apa kita tukar yang telah berjaya semata-mata untuk memenuhi seorang yang kecewa dipecat kerana masalah moral dan cubaan menggadaikan negara kepada IMF? itulah bos Nazib sendiri, Anwar Ibrahim!!

Rakyat Petra Jaya harus ingat sokongan padu kepada Datuk Fadillah Yusof bakal memberi peluang Datuk Seri Najib dengan kekuatan memandu Barisan Nasional dengan penuh aktiviti Tranformasi Kerajaan membantu rakyat termasuk kawasan Petra Jaya.

4 comments:

Anonymous said...

Sakit nya ati urg suka berkendak...

Anonymous said...

auklah,pelik juak ku nanga dak PKR swk tok.kempen sidaknya semua menjurus hal di smnjg sia,xda pun menyentuh hal org swk.gago jak sidak nak apus tol,royalti myk,apus ptptn dsbnya.apa calon sik taukkah hidup org swk camne.coba lah kempen benda nak paedah sikit spt jln jemkah,gaji sik cukup makankah,kerja sikdakah,susah nak bejualkah,pengangkutan awam sikdakah,rumahkah,jeraya kedak gelumbangkah,sikda tanah pakei betanamkah,kurang sklh agama tahfizkah,brg keperluan mahalkah dan mcm2 agiklah.tok nak dimauk org swk, cerita camne nak ngidup dirik.Tok tunggah DSAI dtg kempen sikda cerita lain dibukak sidaknya,curi balak,curi tanah,curi myk,kroni rasuah dan mcm agiklah.Langsung sikda cerita camne nak memajukan rakyat..Bodo na juak sidak PR tok.cam sial ajak

Anonymous said...

Komen pake otak... daripada BN knek tok, nun ketua menteri kaki makan rasuah. Manifesto PR lebih kepada semua lapisan masyarakat. Cth la.. cukai kereta, subsidi minyak, mansuh ptptn..ya semua ada kaitan dengan sarawak juak. Sikda nya padah cukai keta ya rah semenanjung jak. ya baruk sikit contoh. lain2 ya, fikir dikpun. Iboh jadi "macai", tauk tunggu di suap jak info, tapi sik reti carik kedirik.

Anonymous said...

aok takorg tgu tsib molh aes rh swak,tjulur lidah takorg knk snp flash aes ya. pmbgunan apa dpdh takorg petra jaya ya?dgn kekayaan hasil ngeri srwak ya jak kah dpt d plh bn?lollll malu aku nk ngakuk ngeri ak yg pling kaya dlm msia sdgkn highway sak jak cinonet..jln boh agik rs nait roler koster lubang nys. puiiiii

Isu Terkini

get this widget here