Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 5 April 2013

Video Keburukan Inisiatif 1Malaysia Yang Anwar Pakatan Rakyat War-warkan

Masih terfikir-fikir akan kelogikan Anwar mendedahkan segala keburukan Tranformasi 1Malaysia. Dimanakah silapnya yang bergitu sukar sangat orang-orang Pakatan untuk terima walaupun mereka sendiri daripada sebahagian atau sepenuhnya menikmati hasil Tranformasi Kerajaan. Namun bergitu pakatan masih juga menemukan banyak kegagalan dari Tranformasi tertapi dimanakah kegagalan tersebut? Adakah mereka mampu hujahkan atau dibawah ini menjelaskan segala-galanya.

Kunci utama bagi falsafah konsep 1Malaysia adalah kesederhanaan suatu keyakinan pada kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa atau kepercayaan agama. Kepelbagaian yang wujud di Malaysia ini menjadikan kita unik, namun untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada keunikan ini, kita perlulah bersatu serta menggunakan persamaan antara kita untuk maju kehadapan. Inilah matlamat utama 1Malaysia, namun ianya lebih daripada hanya satu ideologi abstrak - ia sememangnya mampu membawa kejayaan yang sebenar.

Sebagai contoh, setakat ini lebih daripada 1.5 juta rakyat Malaysia telah mendapat rawatan di klinik kesihatan 1Malaysia dengan bayaran sebanyak satu ringgit sahaja – dan ini merupakan satu pencapaian yang bagi saya adalah amat membanggakan. Program-program berfokuskan rakyat yang lain termasuklah Program Perumahan 1Malaysia dan PR1MA untuk membantu keluarga berpendapatan sederhana memiliki rumah mereka sendiri, serta Kedai Rakyat 1Malaysia dengan penjualan barangan keperluan harian pada harga berpatutan.

Perubahan tidak berlaku dalam sekelip mata dan masih banyak lagi yang perlu kita lakukan, namun apa jua cabaran yang akan dihadapi kelak, saya yakin bahawa dengan menerima dan menggunakan kepelbagaian di antara kita serta memanfaatkan kekuatan kolektif kita, adalah cara yang terbaik untuk menghadapinya.
Untuk meneliti video disebalik poster sila klik sini

No comments:

Isu Terkini

get this widget here