Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 20 May 2013

KARPAL SINGH TERPERANGKAP BONGKAR SKANDAL DAP


Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepadanya untuk berhenti dedahkan 'rahsia' parti membuktikan pendedahannya sebelum ini adalah benar.

"Apa maksud rahsia dalaman parti oleh Karpal? Adakah dengan ini, beliau mengaku semua pendedahan saya sebenarnya benar dan tidak seharusnya diceritakan kepada masyarakat umum? Mereka cuba 'menghancurkan' keamanan negara ini dan saya harus menutup mulut?

"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya 'tunduk' kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia.

Tunku Aziz yang juga bekas Naib Pengerusi DAP itu menegaskan, beliau tetap akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu dan bersedia disaman pada bila-bila masa.

Tunku Aziz berkata demikian mengulas amaran Karpal kepadanya agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

Tunku Aziz turut mengingatkan Karpal bahawa beliau tidak pernah menjual 'maruah dan suara hatinya' sehingga terpaksa tunduk kepada golongan hipokrit serta pentingkan diri dalam parti tersebut.

"Saya sertai DAP kerana terpedaya dengan retorik parti itu, dan kerana tidak tahan 'diperhambakan' serta diperbodohkan oleh orang-orang ini, saya telah keluar. Adakah Karpal, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ingat saya boleh dibeli dan diugut seperti ini?

"Apakah maksud Karpal dengan menuduh saya mendedahkan rahsia parti? Andai rahsia itu membawa musibah kepada negara dan rakyat di negara ini, saya akan teruskan perjuangan saya. Saman saya beratus kali sekalipun, saya sedia hadapinya," ujarnya.

Tambah Tunku Aziz, beliau akan membuat lebih banyak pendedahan dari semasa ke semasa selepas ini tanpa menghiraukan amaran Karpal.

Dalam pada itu, beliau turut membidas sikap 'talam dua muka' Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.

"Saya hendak tanya kepada Koo Ham, mengapa beliau menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk kepadanya sedangkan DAP 'melarang' ahlinya daripada menerima gelaran seumpama itu?

"Kamu boleh berbuat apa sahaja sesuka hati kamu walaupun melanggar peraturan parti tetapi sekiranya orang lain berbuat demikian, pemimpin dalam parti itu akan melompat-lompat cuba mendapatkan pembelaan, DAP sebenarnya penuh dengan pemimpin hipokrit dan tidak tahu malu," tegasnya.

Koo Ham dalam laman twitternya pada 15 Mei lepas mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada UMNO dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong.
Sumber dan cerita lanjut rujuk sini

No comments:

Isu Terkini

get this widget here