Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 6 July 2013

Video Saat-saat Getir Mursi Ditahan Tentera Mesir

Kejatuhan Mursi yang dipercayai berkait-rapat dengan idea arahan Duta Amerika Syarikat, Anne Patterson! I i telah memberi satu lakaran sejarah baru buat Mesir. Namun bergitu  video ini cukup menggambarkan kekecohan yang sedang berlaku.


Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini.

Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.

Namun, sekurang-kurangnya tujuh penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan anggota keselamatan di Iskandariah dan di bandar Marsa Matrouh, menurut pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Menurut Jurucakap Ikhwan Muslimin, Gehad El-Haddad, Mursi dan penolong-penolong kanannya ditahan di kemudahan tentera.

Katanya, Mursi bagaimanapun dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dengan ayahnya, Essam El-Haddad adalah antara penolong kanan Mursi yang ditahan.

Sisi dalam ucapannya turut memperincikan tentang pelan tindakan bagi peralihan kuasa politik.


Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.

"Perhimpunan besar-besaran secara aman akan berterusan sehinggalah tentera mengembalikan tampuk pemerintahan kepada Presiden Mursi," kata pergerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelang tunjuk perasaan hari ini, tengah Kaherah telah pun tegang dengan penyokong anti-Mursi bermalam di Dataran Tahrir.

Pergerakan Tamarod yang menganjurkan tunjuk perasaan antikerajaan, sekali gus menyebabkan Presiden Mursi digulingkan, turut menggesa pengikutnya turut ke jalan raya esok untuk berhimpun. - AFP

Berita terbaru: 9pm waktu Mesir ( 3 am waktu Malaysia)

1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.





No comments:

Isu Terkini

get this widget here