Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 30 September 2013

Pelagakan Muhyiddin Gagal! Shahbudin Perlagakan Najid V'S Mukhriz

Tiba-tiba wujud Shahbudin menjadi hakim mempertikaikan corak kesepakatan pertandingan calon-calon penuh berdisiplin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013. 

Target utama mereka adalah melaga-lagakan Mukhriz dengan Najib setelah gagal melaga-lagakan antara Najib Razak dengan Muyiddin Yasin. Biasalah bila kerusi presiden v's timbalan gagal dipelagakan kerana tidak dipertandingkan dan Muhyiddin juga tidak mencabar kerusi Presiden. 

Puak-puak pakatan kalang-kelibut mencari icon Tun Dr Mahathir sebagai bahan lagaan. Kebetulan Mukhriz anak kepada Tun DR Mahathir adalah layak diketengahkan pada pandangan akar umbi UMNO, sebagai menyediakan seberapa ramai barisan pelapis calon Perdana Menteri untuk kemudian hari.

Bukan sekarang tetapi lambat laun UMNO perlu nenggantikan Perdana Menteri sedia ada, bila sampai waktu yang sepakat di dalam UMNO. Yang penting dalam UMNO sentiasa ada pelapis yang siap siaga berkhidmat dalam apa jua keadaan.

Tidak kiralah sama ada Mukhriz, Zahid Hamidi, Hishamuddin atau mana-mana yang lain, yang diberi peluang akar umbi, untuk membukti kemampuan masing-masing. Itu adalah lumrah perjalanan sesebuah parti apatah seperti UMNO yang berjaya mempertahankan kedudukannya semenjak sebelum kemerdekaan Malaya.

Dengan ini cukup jelas Datuk Sri Najib tidak pernah campur tangan dalam soal siapa yang mahu bertanding dalam Naib Timbalan Presiden. Tidak timbul siapa anak siapa yang penting akar umbi UMNO yakin siapa yang mereka ingin beri undi.

Sebenarnya Pakatan Rakyat dan penulis blog termasuk Shahbudin hanya mahu mengurangkan rasa takut Pakatan Rakyat dari bayangan tergugat sahaja. Apatah Perhimpunan Agung UMNO kali ini boleh menempatkan calon-calon paling berwibawa sehingga negara masuk PRU14. Berikutan dari pengalaman keseluruhan keanggotaan UMNO semenjak perang PRU12 hingga PRU13. Banyak benda diperlajari dan ini bakal diterjemahkan dalam PAU13.

Kekuatan barisan kepimpinan yang bakal dipilih nanti akan menentukan kekuatan jentera UMNO keseluruhan dalam perang PRU14 nanti.

Sebab itulah setelah gagal memperlagakan Najib vs Muhyiddin sekarang cuba alihkan jarum kepada Najib vs Mukhriz. Yang menariknya mereka cuba-cuba mengaitkan kekalahan Mukhriz yang lampau tetapi sengaja mengabaikan aura Mukhriz sebagai icon utama semasa operasi menawan Kedah di PRU13. Akhirnya Mukhtiz berjaya tawan Kedah.

Jadi bukankah mereka yang takut Mukhriz naik lebih tinggi dan sebab itulah Datuk Sri Najib dijadikan bahan lagaan bersama Mukhriz. Siapa yang naik dalam UMNO itu adalah kehendak akar umbi dan sudah tentu ketentuannya melalui Qada dan Qadar adalah segala-galanya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here