Ini kisah dua situasi perjuangan berbeza buat Mukhriz tetapi inilah adat perjuangan. Tidak selalu di jalan mudah. PAS hakikatnya agak gementar tetapi mereka juga yakin mampu menggangu emosi Mukhriz.
Tindakan Pas menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dilabel sebagai ugutan jelas memperlihatkan Pas sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Kamarol Salleh dakwaan Pas itu sebenarnya membuktikan bahawa parti itu sememanganya gagal membela nasib pengundi terutama membawa pembangunan di kawasan itu meskipun kawasan itu sebelum ini adalah milik Menteri Besar Kedah yang menguasai negeri ini sejak tahun 2008.
Jelas beliau sekiranya Pas melakukan banyak jasa dan pembangunan di kawasan itu sepatutnya Pas tidak perlu berasa gentar dengan janji-janji BN.
“Mereka (Pas) takut bayang-bayang sendiri. Kalau betul mereka sudah banyak buat kerja mereka boleh buktikan dalam kempen mereka nanti bagi menafikan janji-janji yang akan dibawa BN. Kalau sudah banyak buat pembangunan sudah pasti pengundi akan tolak janji pembangunan BN.
“Jelas mereka tiada isu. Apa yang mereka dakwa janji pembangunan sebagai politik ugutan hanya memperlihatkan mereka mengakui mereka tak buat kerja untuk pengundi di Sungai Limau,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini pemimpin Pas menganggap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau sekiranya BN menang dilabel sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.
Malah terdapat juga pimpinan Pas lain yang mengeksploitasi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut Kamarol seterusnya menegaskan pihaknya akan turun padang untuk sama-sama membantu kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.
“Kita percaya sokongan dan sumbangan kita nanti sedikit sebanyak akan memberi nilai tambah kepada kekuatan jentera Pemuda yang lain di Sungai Limau nanti.
“Insyaallah kita juga bersedia untuk sama-sama membantu jentera tempatan khususnya menangkis serangan dan juga pelbagai tohmahan nanti selain dariapda tugasan hakiki yang lain. Ini adalah tugas dan tanggungajwab yang akan kita pikul bersama-sama. Insyaallah,” ujarnya.
Itu kedudukan Mukhriz mengepalai misi menawan PRN Sungai Limau tetapi sedih chai PAU13 telah rangka helah menyingkir peluang calon Mukhriz sebagai Naib Timbalan Presiden.
Inikah budaya UMNO yang masih mendidik pewakilan mengundi berdasar arahan? Ayuh remajakan Perhimpunan Agung UMNO kali ini dengan tulus ikhlas mengundi keatas keyakinan hati demi ABATA.
Undi berdasarkan hati seorang perjuang ABATA bukan kerana arahan dan balasan
Keputusan Sudah Tersebar |

No comments:
Post a Comment