Di dalam dunia ini tiada yang mustahil. Sesuatu yang mungkin kita tertanya-tanya adakah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir benar-benar bersih?
Adakah apa saja yang diceritakan orang tentang Datuk Paduka Mukhriz adalah satu metafora indah yang sengaja diada-adakan bagi membantu menyakinkan orang lain bahawa Datuk Mukhriz adalah benar-benar berwibawa?
Apa yang ingin disampaikan di sini adalah apa yang benar.
Bukan penulis sendiri yang secara peribadi tetapi juga melalui kenalan beliau yang juga merupakan salah seorang yang banyak membantu perjuangan Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir di peringkat Umno cawangan.
Sejarah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir di dalam politik UMNO ini dibawakan khas bagi mengukuhkan lagi beberapa pernyataan Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir bahawa beliau masuk ke dalam UMNO bukan secara mudah.
Dan sejujurnya, Bersih itu adalah sesuatu yang benar-benar berharga. Mari kita ikuti sejarah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.
TAHUN 2000
Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir menjadi ahli UMNO cawangan Jitra pada tahun 16.10.2000.
Beliau di bawa masuk oleh Bendahari UMNO Bahagian Kubang Pasu pada waktu itu iaitu Shahabudin Yusuf.
Kemasukan beliau pada ketima itu hanyalah sebagai ahli biasa, dan di atas kehendak Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sendiri dan setelah mendapat restu dari ayahnya, Tun Mahathir Mohammad yang pada masa itu adalah Presiden UMNO.
Antara kata dua Tun kepada Datuk Mukhriz ialah ‘You boleh masuk UMNO tetapi sebagai ahli biasa sahaja. Tidak dibenarkan memegang apa-apa jawatan dalam UMNO samaada di cawangan mahupun di bahagian.’
Ketua Cawangan Jitra pada waktu itu ialah Encik Hasanudin.
TAHUN 2003
Pada tahun ini, karier politik Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mula bergerak setelah 3 tahun secara statik sejak menjadi ahli. Itupun setelah kata dua Tun terhapus dengan sendirinya setelah Tun bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Hishamudin Tun Hussien Onn adalah individu pertama yang menarik Datuk Mukhriz Mahathir ke dalam UMNO secara serius iaitu dengan meminta Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir menyatakan bahawa apa-apa keputusan bertanding perlu mendapat kebenaran dari Tun Mahathir Mohammad yang ketika itu sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dan Datuk Hishamudin memaklumkan bahawa beliau sudah memaklumkan pada Tun Mahathir dan Tun memberi kebenaran tersebut.
Datuk Paduka Muhkriz Mahathir menyatakan hasrat dengan tegas bahawa sekiranya beliau bertanding, beliau menetapkan untuk bertanding di tempat lahirnya yakni di dalam Umno Bahagian Kubang Pasu.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir balik ke Kubang Pasu dan berbincang dengan Norsaid Yusuf yang ketika itu sudah menjadi Ketua Cawangan Jitra dan beberapa rakan yang lain dan membuat keputusan secara serta merta untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Kubang Pasu.
Kiranya tanpa memegang apa-apa jawatan baik AJK Pemuda Bahagian dan sebagainya, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir nekad untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian.
Pada tahun ini juga, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mula memegang jawatan pertama dalam UMNO iaitu sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Jitra.
Keputusan berani mati tersebut tidak memihak kepada Datuk Mukhriz Mahathir di mana beliau kalah kepada Datuk Zulkifli Che Ros dengan majoriti undi sebanyak 8 undi kepada Datuk Zulkifli.
Dua faktor utama punca kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir ialah keputusan bertanding dibuat secara tiba-tiba di mana timbulnya masalah untuk mengatur strategi kerana masa agak suntuk. Kedua, sikap ‘over extreme’ penyokong Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir.
Yang dikatakan ‘over extreme’ ini ialah lebih kepada sikap berlagak dan buat orang menyampah.
Pengajaran ini sangat memberi kesan kepada Datuk Muhkriz dan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua calon yang bertanding.
Penyokong rapat memainkan peranan yang penting dan ahamdulillah, perkara ini sudah tak berlaku lagi.
Wujud juga masalah gejala ‘meminta-meminta’ dalam bentuk wang ringgit (rasuah). Impak tegas Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sekali lagi memberikan ‘signal’ bahawa di dalam UMNO memang wujud manusia yang merosakkan bangsa.
Manusia-manusia ini tidak akan menyesal untuk berbuat zalim dengan memilih duit sebagai cerminan nak undi perlu hulur dan masalah minta meminta ini selalunya wujud bukan perlu diasuh dan di ajar.
Keputusannya Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah kalah.
Setelah beliau kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Paduka Mukriz Tun Mahathir telah mengisi borang percalonan untuk bertanding sebagai AJK Bahagian Kubang PAS. Dan nasib Datuk Mukhriz Mahathir agak baik di mana beliau berjaya sebagai AJK Bahagian.
Rata-rata ahli UMNO Kubang Pasu melihat bahawa Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sebagai pelapis UMNO dan Kubang Pasu memberi sokongan kepada beliau secara kuat di mana selepas tahun beliau dipilih sebagai AJK Bahagian serta Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sentiasa mendapat tempat pertama sebagai G7. UNDIAN TERTINGGI !!!
TAHUN 2004
Pada tahun ini, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir sekali lagi menempa nama dan mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO setelah mendapat percalonan tertinggi EXCO Pemuda UMNO Pusat, juga di tempat pertama dengan undian tertinggi. Tetapi di peringkat cawangan, jawatan beliau tetap sama iaitu Naib Ketua Cawangan dan AJK Bahagian Kubang Pasu.
TAHUN 2007
UMNO khususnya telah dikejutkan dengan kegagalan negarawannya Tun Mahathir mendapat percalonan sebagai perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agung tahun tersebut.
Perkara yang cukup menyedihkan di mana UMNO terikat dengan kesetiaan kepada Pemimpin dan dalam masa yang sama UMNO lemah.
UMNO dilihat lebih rela membalas budi dan jasa negarawan dengan cara memalukan dari mendengar perkara-perkara betul yang merosakkan UMNO dan BN ketika itu.
Kita mungkin lupa bahawa pemimpin sentiasa melihat tentang masa depan negaranya dan pada masa itu yang berani hanya di bawah dan yang berani adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
Kita lupa bahawa memimpin bukan jalan percuma kita untuk mendapat publisiti, kuasa dan nama tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat dari Allah SWT kepada manusia. Tetapi hakikat cerita duka UMNO tetap akan berlaku walau macam mana pun kita cuba menghalangnya.
Berbalik kepada peristiwa yang cukup mendukacitakan ini, Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir turut menerima impak. Dalam G7 kali ini, beliau mendapat tempat ke 5.
Pada pandangan peribadi Datuk Paduka Mukhriz untuk peristiwa ini ialah, beliau kecewa dengan perwakilan UMNO yang sanggup mengenepikan prinsip yang melibatkan seorang negarawan peringkat dunia dimalukan.
TAHUN 2008
Perjalanan politik Datuk Mukhriz ini adalah perjuangan seorang anak jantan.
Antara peristiwa ayahnya dimalukan dan pada masa yang sama kecintaannya pada UMNO yang cukup banyak nilainya kepada agama, bangsa dan negara.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir terus mara.
Desakan dari peringkat bawahan dan kehendak akar umbi, Datuk Mukhriz Mahathir dinamakan mewakili BN dalam PRU ke 12. Kawasannya bukan di Kubang Pasu tetapi jiran bahagian tersebut iaitu Jerlun.
Akhirnya Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir memenangi kerusi Parlimen di Jerlun.
Warna warni politik UMNO terus tercorak dengan anak muda ini.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir antara yang paling berani bersuara dan yang paling dilihat degil tetapi dikira degil yang bertempat. Beliau juga yang lantang bersuara untuk kebaikan UMNO dan menuntut peralihan kuasa segera dilakukan kerana kedudukan UMNO pada waktu itu benar-benar di hujung tanduk.
UMNO seperti termanggu-manggu. Seperti anak kecil yang memegang payung di dalam hujan lebat menanti ayahnya datang menjemput pulang dan anak kecil itu keseorangan.
Pada tahun ini juga menyaksikan pertandingan yang sangat sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Pusat.
Persaingan 3 penjuru antara Datuk Paduka Mukhriz Tun.Mahathir Mohammad, Datuk Seri Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir mendapat percalonan terbanyak tetapi di akhir keputusan, kalah di tempat tercorot.
Gema, laungan dan jeritan yang cukup menggambarkan perasaan sebahagian besar pemerhati dan ahli Pemuda seluruh negara.
Gema yang menyalurkan frekuansi yang cukup dramatik dan masih kedengaran sehingga ke hari ini. Dan terletak kepada kita sejauh mana kita berhadapan dengan gema tesebut.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir kalah lagi.
TAHUN 2009
Peralihan kuasa telah berlaku. Datuk Seri Najib telah mengumumkan barisan kabinetnya sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Datuk Paduka Muhkriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
TAHUN 2011
Atas desakan akar umbi dan sebagai satu strategi memenangi hati anak muda kembali kepada UMNO, Datuk Paduka Muhkriz telah dilantik sebagi Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah bergandingan dengan Datuk Bashah selaku Pengerusi UMNO Negeri.
TAHUN 2013
Kedah kembali kepada BN. Datuk Mukhriz Mahathir yang bertanding di Dun Ayer Hitam, Jerlun telah diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Pada tarikh 23/6/2013, secara rasminya Datuk Mukhriz telah menyerahkan borang penukaran cawangan dari Cawangan Jitra ke Cawangan Pida 3 Tunjang.
Beliau telah dipilih sebagai Ketua Cawangan Pida 3, seterusnya bertanding untuk Ketua Bahagian Jerlun. Atas permuafakatan yang erat, Datuk Mukhriz tidak dicabar sekaligus mernjawat Ketua Bahagian Jerlun Kedah.
Dan kini, dari seorang anak muda yang begitu berani berdiri atas prinsip dan diri sendiri ini semakin berani untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Tiada campurtangan dari Tun Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri dan juga Mantan Presiden UMNO tetapi restu Tun Mahathir sebagai bapa kepada anaknnya sentiasa bersama Datuk Mukhriz.
Aura Tun Mahathir hebat tetapi kehebatan itu telah sedaya upaya disekat oleh Tun dengan tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada keluarganya sendiri.
Doa, semangat serta sokongan Tun Mahathir adalah sama seperti mana-mana bapa kepada anaknya tetapi bukan dengan cara terlibat secara langsung.
Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir akan terus mengorak langkah di dalam parti UMNO sebagai dirinya sendiri.
Berani Berubah yang dibawa oleh Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir adalah suara generasi dan ahli-ahli yang melihat UMNO perlu berubah untuk terus kekal sebagai parti yang bernilai senilai jasanya.
UMNO perlu bersih. UMNO perlu berani dan UMNO perlu bergerak bersama masa dengan menjunjung tinggi agama, mempertahankan bangsa dan mendaulatkan negara.
Berani Berubah bersama Datuk Mukhriz Mahathir.
Selamat bertanding Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
# Cerita ini disampaikan dalam bentuk penulisan oleh seorang kawan kepada seorang kawan hingga sampai ke tangan PPM. PPM difahamkan penulisnya agak rapat dengan Mukhriz. PPM walaupun berada di Sarawak, tetapi sebagai anak jati kelahiran Kedah berasa bangga mempunyai pewaris pemimpin yang bersih dari jelapang padi.
No comments:
Post a Comment