Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 28 November 2013

Hebat MB Kelantan Yaakob Buktikan Kaedah Muzakarah Haji Hadi Dan Nik Aziz Ketinggalan Zaman


Bagaimana MB Kelantan baru boleh terlupa untuk mengenakan sebarang pra syarat sebelum boleh bertemu muka dengan Perdana Menteri? Adakah MB Kelantan baruini telah lupa kepentingan survival PAS dalam memerasugut mendapatkan habuan terlebih dahulu sebelum bermula bicara?

Kali ini benar-benar tidak berlaku kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 9 pagi ini.



Pertemuan yang telah dirancang hasil permintaan Ahmad itu berlangsung kira-kira sejam di Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas pertemuan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana sudi meluangkan masa untuk mengadakan pertemuan itu.

Ahmad berkata, pertemuan itu adalah lawatan rasmi terhadap Perdana Menteri sempena pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.
Apa yang diperbincangkan bukanlah satu isu tetapi permulaan pertemuan bisa menzahir banyak yang positif dari berdolak-dalih dengang ugutan tuntutan. Kali ini MB Kelantan secara tidak langsung membuktikan amalan Haji Hadi dan Nik Aziz yang sering mengenakan pelbagai syarat sebelum bertemu adalah sesuatu perbuatan cukup negatif pada sudut pandangan islam mahu masyarakat kita. 

Biarlah pertemuan yang berulangkali berlaku, semoga menzahirkan sesuatu yang positif kepada Agama Bangsa Negara.




2 comments:

Anonymous said...

..hmm terharu sungguh dgn kaedah mb klantan yg baru ini.. proven formula untuk kejayaan Islam ada lah penyatuan ummah.. taqbir!..

Anonymous said...

beza nya orang yang ade akal kat kepala dgn orang ade akal letak kat kepala lutut... serban besar bukan bermakna besar akal!!!!!

Isu Terkini

get this widget here