Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 2 November 2013

Kisah Dilema Wan Azizah Separuh Mati Pertahankan Khalid Ibrahim Dari Dipecat

Kalau dulu Khalid Ibrahim CEO PNB menghintung soal untung atau rugi semata-mata tanpa ganguan politik, tetapi di Selangor sebagai MB terjebak dengan polisi PKR siapa bodek siapa dialah yang berkuasa. Untungnya Khalid dibawah bayangan Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Kekuatan Khalid sebenarnya terletak kepada faktor kemungkinan Wan Azizah tidak suka Azmin?

Mungkin kerana pernah timbul desas-desus skandal Shamsidar bersama Anwar antara penyebab punca yang memberi kelebihan kepada Khalid seperti diceritaka Umi Hafilda?

Tetapi kalau diikutkan semasa menentukan siapa MB selepas Selangor dipertahankan Pakatan pada pasca PRU13, Anwar lah yang amat mempercayai Khalid, tetapi mungkin juga kepercayaan ini berlaku atas desakan Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah.

Sebab itu situasi Anwar semakin beransur hilang kepercayaan kepada Khalid bukanlah mustahil, sebab itulah Anwar terlajak lebih memuji Lim Guan Eng dan Pulau Pinang berbanding Khalid dijadikan bahan lepas geram. 

Agak-agaknya dah ada jarum besar tersusuk, menyebabkan Anwar menjadi bukan yang dulu kepada Khalid.

Lalu tercetuslah ura-ura Khalid bakal ditendang keluar oleh Anwar Ibrahim dan bila tersebar kepada pengetahuan awam, macam biasalah mesti ada adengan menafikan termasuklah dengan berita yang Azmin Ali sebagai penggantinya. 

Buatlah apa cara menafikan kalau cerita itu terkeluar dari kem PKR sudah tentu susah untuk menyejukan.

Krisis bukan sahaja tidak mampu disejukan tetapi merebak ura-ura perebutan menentukan siapa penganti Khalid, sama ada Azmin atau mana-mana Adun dari Pas. 

Kenapa PAS,  jangan lupa dari segi bilangan kerusi, Pas mengatasi PKR dan logiknya kerusi MB Selangor menjadi giliran Pas pula setelah kecewa di pasca PRU13.

Namun bergitu isu PAS bukannya satu isu yang besar, sebab DAP adalah THE KING OF PAKATAN RAKYAT. Bermakna PAS selaku kasta terendah dalam PR, secara automatiknya tersingkir dan PAS sendiri akur akan darjat mereka dalam Pakatan Rakyat.

Persoalan yang tinggal sekarang adakah Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah yang menjawat Naib Presiden PKR akan terus-menerus mempergunakan pengaruh mereka untuk menghalang kemaraan Azmin Ali?

Yang menariknya Azmin pandai bermain watak bukan sahaja cuba-cuba pertahankan Khalid malah pasal pendebatan GST Azmin berjaya memalukan Anwar dengan bersetuju  GST dijalankan kerajaan pusat. Manakala Anwar pada awalnya membantah tetapi akhirnya terpaksa bersetuju, itupun setelah setelah Azmin dengan pendirian teguh yakin rangka GST Kerajaan dalam sidang Parlimen. Situasi ini menunjukan Anwar tiada pendirian yang jelas atau sememangnya kurang ilmu?

Dalam pada masa krisis ini, Ekonomi Selangor tetap akan bergerak tetapi tersekat-sekat dan apatah situasi ekonomi sekarang sebarang kesilapan kerana terlampau berani atau takut berbelanja boleh mengakibatkan kedudukan ekonominya merudun jatuh. 

Bukan soal berani dan takut dalam mencatur ekonomi Selangor yang menjadi isu utama, tetapi seseorang MB dari PKR sebenarnya perlu berani dan tahu dimana dan bila hendak aturkan ekonomi negeri, dan yang paling penting bagaimana hendak mengawal Penasihat RM2 yang jenis pandai yang memandai kacau daun.  Biasanya penasihat ini tidak pernah salah kalau silap, sebaliknya  orang dinasihat menjadi bahan lepas kesalahan.

Kenapa? kerana: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menempelak ketua pembangkang, Anwar Ibrahim kena selalu mencermin diri sendiri, sebabnya Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor, berpengalaman dengan kegagalan mengendali krisis mata wang antarabangsa ketika menjadi Menteri Kewangan pada 1997.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya beri kuasa kepada dia (Anwar) untuk urus masalah (krisis mata wang). Tapi apa dia buat? Dia ikut IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia dengan naikkan kadar faedah, pendekkan tempoh pembayaran hutang dan potong bajet kerajaan sampai negara hampir muflis.

Jadi kesimpulannya bukan hanya tindakan Khalid menjadi puncanya tetapi  faktor Anwar yang tak layak tetapi boleh juga menjadi Penasihat Ekonomi Selangor. Persoalannya inikah dilema Wan Azizah yang sebenar dan harus ditangani serta-merta atau lepaskan kepada Azmin atau berilah peluang kepada PAS?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here