Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 2 November 2013

Perlu Dikaji 11 Persoalan Dari Aishah Katakan UMNO BN Tolak Islam

Ada 11 persoalan yang menjadi isu dari keberanian dan kelantangan penyanyi 90an Aishah bekas calon PAS tewas di kerusi Parlimen Jempol, mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menolak Islam dalam urusan pentadbiran negara patut ditelitikan semula oleh semua pihak. 



1. Tanya Aisyah sama ada dia betul ditindas oleh kerajaan BN? 

2. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia sembahyang? 

3. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia pergi sekolah agama? 

4. Ada ke kerajaan BN tak bagi dia berdakwah? 

Jika tidak ada. Bagaimana Aishah katakan BN tak menjalankan syariat Islam?

5. Aishah mendakwa penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran sedia ada membuktikan kepimpinan parti pemerintah mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

Selama ini pun, tidak kiralah ahli-ahli politik baik UMNO BN atau sebaliknya, jika salah pun kena tangkap. Orang terlibat rasuah kena tangkap. Semalam orang imegresen kena tangkap pasal rasuah. Undang-undang tetap dijalankan. Yang tak tertangkap, mungkin belum tertangkap. Jangan puak sendiri ditangkap Aishah membela pulak?
6. Adakah dengan menyembunyikan gerakan NGO COMANGO yang disokong Pakatan Rakyat menuntut penghapusan status Negara Islam Malaysia dianggap cukup islam.

7. Adakah dengan menyokong Khalimah Allah menjadi hak tuntutan gereja dikatakan cukup Islam?

8. Adakah bersetongkol dengan perjuang hak LGBT dianggap cukup islam?

9. Adakah penyelewengan wang derma Tabung Memali juga dikatakan cukup islam hingga Aishah menghentam BN tidak islam.


10. Apakah tujuan Aishah bermain dipentas politik PAS?

Adakah kerana Aishah yang sebelum ini tengelam dan hidupnya sekarang dibiayai oleh PAS.

bila Aishah melaung-laungkan perkataan zalim?

Tidak pernah pula Aishah boleh buktikan dirinya benar-benar dizalimi?

Aishah ini boleh katakan paling cukup Islam di Malaysia hingga dia paling layak bercakap dan menuduh tanpa perlu membuktikan dengan bukti-bukti yang kukuh?

 11. Adakah Aishah boleh diiktiraf dengan benar-benar menjalankan dakwah berdasarkan rukun Islam?

Inilah sendiwara Aishah demi sesuap nasi di PRK DUN SUNGAI LIMAU

No comments:

Isu Terkini

get this widget here