Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 30 November 2013

Simpati Buat Nik Aziz Kerana Terkena Serangan Penyakit Terkejut Sekali Lagi

Mengenangkan usia Nik Aziz yang semakin lanjut usia, adalah teramat bersimpati dengan situasi Nik Aziz ketika ini dan sering terkena serangan penyakit terkejut.

Situasi bergini sememangnya tidak bagus untuk kesihatan Nik Aziz sebenarnya. Walaupun Nik Aziz agak kelihatan berdrama dengan permainan terkejut. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang elok bila kita berbicara dan membuat pengisian bermuzakarah sesama islam.

Isunya tentang pertemuan dua mata antara Menteri Besar Ahmad Yaakob dengan Datuk Sri Najib Razak wajar dianggap sebagai lembaran baru membuka pertalian antara sesama islam yang srmakin renggang angkara mainan taksud politik keterlampauan.

Berlakunya perhubungan ini tidak bermakna mengkhianati antara parti kedua pihak tetapi tidak bermakna kita patut abaikan dari sudut kepentingan Agama Bangsa dan Negara.

Oleh itu adalah wajar buat Nik Aziz berehat dan gunakan saki-baki usianya dengan mengetepikan komen-komen bersifat tidak kepuasan hati secara peribadi hingga menambah perpecahan sesama kita. Sebaliknya fikirkan demi tuntutan islam yang sebenar iaitu perpaduan ummah.

Usahlah mengeruhkan lagi cubaan MB Kelantan bersama Datuk Sri Najib, menjalinkan semula perpaduan yang hilang selama lebih 22 tahun.

Usaha mengkhianati boleh mengjadi hasil kerja yang sehingga kita matipun belum selesai akan kemelutnya tetapi bayangkan pula jika usaha kemuliaan individu yang bersungguh-sungguh menyatukan semula perpaduan sesama islam yang telah lama berpecah, hingga hasilnya berkekalan beratus tahun lamanya. Walaupun kita sudah menanti di alam barzakh dan bukankah usaha itu menjadi ganjaran berpanjang walaupun kita sudah tiada di dunia ini?

Tepuk dada dan ketentuan baik itu datang dari Allah dan yang buruk datang dari kita. Hanya Allah yang maha mengetahui.

1 comment:

Anonymous said...

semoga perpaduan antara 2 parti Islam dan Melayu dapat direalisasikan..sebenarnya perkara ini sendiri adalah hasrat sultan kelantan sendiri.

Isu Terkini

get this widget here