Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 26 November 2013

Tranformasi Majlis Syura PAS Di Era Libral Pakatan Rakyat

Masih ingatkah kita ketika dikalangan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan terlibat dengan sebarang usaha menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan. Diketika itu PAS bersama dalam hal ini, namun, ada sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.
Ini adalah tuduhan yang dianggap sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, tetapi hakikatnya inilah kenyataan yang dipertontonkan kepada rakyat, bahawasanya Majlis Syura yang dikatakan pro-ulama telah terhakis akan kredibiltinya.

Sekarang tuduhan tersebut, menjadi semakin nyata apabila Majlis Syura dilihat tidak mampu menghalang kehendak dan agenda Pakatan Rakyat walaupun didalam hati mereka mengakui memperdagangkan Khalimah Allah demi meraih undi bukan islam boleh menyebabkan kufur. Ini kenyataan yang pernah diluahkan Harun Din. 

Keberanian Majlis Ulama sekali lagi hilang apabila rakyat dipertontonkan bagaimana penyingkiran Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali kerana terlampau aktif menjadi seteru menentang agenda Pakatan Rakyat.

Kini jika dikuti perkembangan pengisian ahli majlis tertinggi dalam Mutamar PAS ke 59, terang-terang pro Anwarinas dan ketuanan DAP terlah berjaya meragut sebahagian besar jawatan tertinggi dan sekaligus menyingkir peranan Pro Ulama dari menjalankan komsep dan perinsip perjuangan PAS. Melainkan sebagai mercu tanda atau topeng meraih undi Melayu Islam yang semakin kusut di pasca PRU13.

Sekarang peranan Majlis Syura Ulama PAS lebih kepada memutuskan sesuatu yang berdasarkan kehendak Pakatan Rakyat. Anadai kata revolusi di jalan raya  ditiupkan sekali lagi atas alasan jihad, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan kepada ketuanan DAP dan agendanya. Itulah baki peranan Majlis Syura PAS yang tinggal diketika ini.

Buat Akar Umbi PAS, Selamat Datang ke alam Tranformasi Majlis Syura PAS Di Era Libral Pakatan Rakyat

No comments:

Isu Terkini

get this widget here