Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 12 May 2014

Malam Ini Akan Berlaku Angkat Sumpah Menteri Besar Baru Terengganu

Nampaknya khabar angin siapa Menteri Besar baru bukan lagi persepsi sebaliknya bakal berlaku. Kenapa dan mengapa tidak banyak diketahui kecuali dengan pengumuman Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu. Ianya bererti seakan pasti berlaku.

Semasa beliau ditemui Bernama, selepas mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di TH Hotel & Convention Centre di sini, petang tadi. 

"Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Said) ada berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini," katanya ringkas. 

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baru tetapi sekadar berkata, calonnya adalah dalam kalangan EXCO.

Ada sumber mengatakan, majlis angkat sumpah Menteri Besar baru akan diadakan di Istana Syarqiyyah, di sini, malam ini dan antara nama yang disebut ialah Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here