Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 18 May 2014

#PrkTelukIntan Tunku Aziz Gagal Dibeli! Dyana Sofya Pengganti Legasi DAP


Terbaik DAP terus mantap bermainkan jarum-jarum halus kerana orang melayu kita sememangnya mudah diperlakukan sedemikian rupa.

Mungkin orang melayu kita dah lupa pendedahan Tunku Aziz menyentuh bagaimana DAP pandai menggunakan melayu sebagai senjata strategik, bahaya Chauvinis Cina DAP untuk melemahkan kuasa dan secara sistematik, sebagai minoriti menguasai majoriti Melayu-Islam atas bumi yang asalnya milik dan ibu pertiwi orang Melayu.

Mungkin kita lupa Tunku Aziz meninggalkan DAP kerana sayangkan bangsanya malah dia pernah akui pernah ditawarkan 50k sebagai pengunci mulut mendedahkan dalaman DAP.

Tidak cukup dengan itu siapa ada ancaman ugutan tindakan mahkamah tidak sedikit pun menggugat pendirian bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang tetap terus mendedahkan semua rancangan 'politik bajingan' DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Nampak tinggi dengan jati diri ANAK MELAYU ini. Tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan tidak sesekali menjual ‘rohnya’ kepada parti ‘ultra kiasu’ itu.

Taatnya beliau kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, mengalahkan taatnya Azmin Ali kepada Anwar Ibrahim dalam mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” tegasnya yang berani samggup menolak ugutan mendiang Karpal Singh.

Ini kalilah datang pula Dyana Sofya yang mengganti diri untuk menjadi alat DAP. Nampaknya patah tumbuh hilang berganti menjadi pertanda kejatuhan bangsa sendiri.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here