Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 8 May 2014

Sampai Bila Haji Hadi Merelakan Dirinya Ditipu @AnwarIbrahim @CMLimGuanEng


Berdasar kenyataan Haji Hadi, PAS akan tetap melaksanakan hudud. Alhamdulillah, apatah gelombang rakyat islam di Malaysia mula menarik jumlah perminat yang tinggi. Malah isu hudud menjadi impian yang lebih besar setelah Brunei telah benar-benar melaksanakannya.

Tetapi PAS tidak boleh berpura-pura dengan soal Hudud Brunei adalah menyeluruh kepada semua rakyatnya. Manakala PAS bakal melaksanakan Hudud masih berkisar hanya untuk orang islam. Ini akan merumitkan keadaan apabila bukan islam mempertikaikan dengan persoalan, bagaimana jika orang islam merogol bukan islam?

Walaupun ada penjelasan tetapi bukan mudah untuk disampaikan secara konsisten. Oleh itu adalah lebih wajar berterus-terang sahaja dengan menyeluruh dan jangan sekerat-keratkan hukum hudud bukan hanya sekadar untuk orang islam tetapi ianya lebih baik dari mana-mana undang-undang ciptaan dunia. Jika tidak, secara tidak langsung akan memperlekehkan integriti Hudud sendiri dimata bukan islam.

Haji Hadi juga tidak perlu berasa takut, kalau berkeyakinan dengan Hudud. Walaupun diugut bakal disingkir dari Pakatan mahupun ada ADUN MP PAS bakal berhijrah ke PKR dan DAP semata-mata untuk habuan dunia.

Sekarang sama ada Haji Hadi separuh-separuh hajat atau tidak terkawal menahan dugaan ditentang DAP dan PKR. Antara alasan ini mungkin membantutkan usaha-usaha PAS. Akhirnya PAS terpaksa berdusta sepenggal lagi demi undi. Sampai bila PAS yang Presidennya Haji Hadi terpaksa terus-menerus membenarkan diri mereka ditipu dan menipu?

Kalau hendak buat! buatlah walaupun terpaksa bergabung dengan UMNO dan perdulikanlah anasir yang menidakkannya asalkan islam bersatu tiada yang mustahil di bumi yang majoritinya orang islam.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here