Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir
Sunday, 11 May 2014
UMNO Di Kesan Sebagai Dalang Merosakan Pemilihan PKR
MUAR 10 Mei - Ahli Majlis Ter-tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa UMNO adalah dalang yang menyebabkan pemilihan parti itu kecoh di seluruh negara sebagai mahu menutup kepincangan sendiri.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata, tidak berasas dan berniat jahat untuk menyembunyikan kelemahan serta masalah dalaman parti itu.
UMNO tidak terlibat dalam mana-mana kekecohan yang berlaku semasa pemilihan cabang-cabang PKR terutama di Pulau Pinang. Semuanya berpunca daripada kumpulan atau kem-kem antara calon yang bertanding dan kelemahan pentadbiran PKR.
Terdapat banyak kecelaruan misalnya senarai ahli yang meragukan digunakan dalam pemilihan PKR sekarang, ini membawa kepada kekecohan dan pergaduhan semasa proses pengundian," katanya mengulas dakwaan pihak tertentu dalam PKR menuduh UMNO sebagai punca kekecohan pemilihan pada kali ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Parit Sakai Laut di Dewan Orang Ramai Parit Sakai Laut, di sini malam tadi.
Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytihar sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.
Razali berkata, insiden paling memalukan pada kali ini apabila pemilihan di cabang Permatang Pauh iaitu tempat Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail seakan-akan tidak mendapat sokongan ahlinya.
Katanya, kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu mendapat tamparan hebat kerana hanya 240 daripada 6,900 ahli terlibat dalam pemilihan di cabang Permatang Pauh dengan peratusan kehadiran hanya empat peratus.
Selain itu, katanya, beberapa pemimpin utama Melayu PKR di negeri itu yang gagal merebut atau mempertahankan jawatan ketua cabang turut menimbulkan tanda tanya sama ada usaha secara halus menyingkir pemimpin kaum itu sedang dilakukan.
Atas semua kelemahan tersebut, katanya, PKR tidak layak mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana mereka gagal menguruskan pemilihan parti itu yang jauh lebih kecil jumlah pengundinya berbanding badan bebas tersebut yang berjaya menguruskan lebih tiga juta pengundi di seluruh negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment