Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 9 June 2014

Malaysiakini Diambang Muflis Akibat Disaman Perdana Menteri

Tahukah anda! diketika Malaysiakini telah mendapat wirit saman oleh Datuk Sri Najib, kenapa ramai dikalangan puak Pro Pakatan sanggup menjadi bodoh semata-mata untuk mempertahankan nasib Malaysiakini?

Selama ini Malaysiakini banyak menyumbang kelebihan kepada Pakatan Rakyat berbanding Harakahdaily, yang dilihat dan dianggap masyarakat tiada kredibiliti sebagai kewartawanan yang profesional. Erti kata lain Malaysiakini lebih mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Sebelum ini kita dipedengarkan Malaysiakini pernah dikatakan mendapat dana dari NED dan NDI. Tetapi diketika ini, mahukah kuasa barat dari Amerika membantu? Sedangkan sokongan Malaysia kepada AS adalah lebih penting dalam misi menjalingkan hubungan AS_China.

Mungkin Malaysiakini berpeluang mendapat bantuan tetapi kalau tidak alamat habislah terpaksalah korekpunya korek pun tak cukup. Kerana apa yang pasti saman kali ini bukan kecik anak jumlahnya.

Kalau hendak harap dana Anwar Ibrahim, alamak Anwar pun sekarang ini separuh mati diambang kejatuhan apatah diketika ini Anwar sedang kalut mendesak Papagomo membayar saman yang tidak seberapa jumlahnya.

Mungkin hanya DAP sahaja yang mampu membantu Malaysiakini tetapi DAP ada portal sendiri iaitu Roketkini yang mungkin bakal terjebak dengan sasaran seterusnya, kalau tidak kena gaya.

Apa-apapun sudah timbul spekulasi kakitangan Malaysiakini mula mencari peluang kerja baru malah ada juga spekulasi ada ura-ura orang ternama dalam Malaysiakini telah bersiap dengan strategi membuka portal baru.

Apa jua yang berlaku kepada Malaysiakini bukanlah penting sangat. Tetapi yang penting keberanian Perdana Menteri menyaman Malaysiakini dan jika menang akan menentapkan satu kedudukan kebebasan media yang lebih bertanggungjawap dalam menerbitkan apa jua penulisan, poster atau video.

Kalau ini tidak dibuat akan menjadi barah memenuhi Malaysia dengan pelbagai sumber fitnah berdasarkan spekulasi demi meraihkan populariti atau memenuhi kehendak golongan politik tertentu.

Tahniah Datuk Sri Najib kerana berani menyaman Malaysiakini.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau lah sekiranya saman terhadap Mkini berpihak kepada PM , paling kurang pun Mkini ditutup kerana tidka mampu bayar wang tuntutan saman

Jadi dicadangkan semua pihak yang terlibat secara individu yang melakukan fitnah melalui Mkini turut dilarang untuk menulis atau memberi pandangan atau menubuhkan sebiah akhbar tabloid baru yang hampir sama dengan cara dan gaya Mkini, maka baru lah nampak keberkesanan nya atas saman yang dikemukan oleh PM

Isu Terkini

get this widget here