Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 8 August 2014

#KajangMove @AnwarIbrahim Punca Blogger Pakatan Rakyat Berperang sesama sendiri



Nampaknya peperangan antara PKR di bantu DAP bertelagah angin dengan PAS, kerana Wan Azizah bergitu kemaruk kelaparan jawatan MB yang sedang disandang oleh Khalid Ibrahim. Kini bukan menjadi medan perang antara level tertinggi sahaja.

Malah membabitkan akar umbi parti termasuklah blogger yg pro pada parti masing-masing. Situasi sekarang cukup jelas Pakatan Rakyat diambang kehancuran. Walaupun Anwar menafikan Pakatan retak.

Kalau dilihat dalam PKR sendiri sudah ada 3 puak menuntut hak jawatan MB Selangor. Samada penyandangnya Khalid Ibrahim mempunyai angkatan sendiri termasuk mendapat sokongan PAS secara hampir keseluruhan.

Wan Azizah calon impian Anwar sebagai pembela masa depannya yang hampir-hampir terkubur dalam geriji pagar besi Penjara dan masanya makin suntuk. 

Wan Azizah mendapat sokongan sebahagian besar akar umbi PKR dan mendapat sokongan padu dari DAP yang berkeinginan sesuatu.

Adalah tidak menghairankan kenapa DAP perlu mengikut Anwar kerana tanpa Anwar mereka tidak mampu mengikat PAS.

Manakala puak ketiga dari Azmin Ali yang semakin teperuk jauh kesudut kelam tanpa sokongan mana-mana pihak lain.

Pepecahan ini jga menyebabkan blogger pro PAS menyerang bertubi-tubi sasaran yang tidak puas hati dengan kenyataan Nik Aziz dan Haji Hadi yang berkeras hati mempertahankan Khalid Ibrahim. Sasaran paling banyak ditentang adalah Anwar, Wan Azizah dan Rafizi.

Akibatnya perpaduan dalam team cybertrooper Pakatan mula makin membesar retaknya. Kerana dalam kalangan mereka ada yang dibiayai oleh DAP seperti yang digambarkan oleh blog ini:

Seperti biasa bahasanya jangan harap hendak ada yang sopan-sopan apatah puasa dah habis dah walaupun mereka berasa diri mereka PRO Ulama. 

Serangan blogger Pro PAS tidak dibiar macam itu sahaja tetap mendapat serangan balas dari pro PKR tanpa ada belas kasihan.

Apatah situasi Nasrudin menyerang Saifuddin Nasution kerana mendedah skandal Khalid. Melalui cara membandingkan skandal kontrak langsung DAP, akibatnya Lim Guan Eng naik angin sampai menuntut Nasha mohon maaf atau di Saman.

Yang pasti ramai blogger pro PAS mendesak  Nasha kekal bertahan dari tewas ke dalam tangan LGE. Dan kesempatan ini menyebab Nahsa juga tidak terlepas menjadi bahan serangan blogger Pro PKR DAP.

Bergitulah seterusnya serang balas tanpa henti hanya kerana Anwar terdesak menagih jawatan MB Selangor.
Yang pasti banyak isu selama ini hanya menjadi serangan blogger Pro BN telah dimuat naik seperti benar-benar berlaku akibat diakui oleh kedua pihak ini sebagai senjata menyerang balas. Contohnya bagaimana Rafizi menyerang balas dengan menyelar Mustafa Ali bodoh dengan skandal video sex. Bagaimana Saifuddin Nasution mendedah skandal 66juta Khalid malah makin hari makin banyak timbul pelbagai dakwaan penyelewengan dalam Pakatan Rakyat. 

Moralnya betullah selama ini Pakatan Rakyat banyak berlaku pelbagai aktiviti kotor sebagaimana di sahkan oleh Pro Pakatan? Kalau sudah betul dan jelas kenapa harus menyandang harapan kepada Anwar lagi yang terang-terang takdir telah memaparkan apa yang Anwar selar kepada musuhnya dahulu!

Sekarang telah diperlakukan oleh dirinya sendiri? Adakah anada tidak nampak lagi?

1 comment:

tok janggut said...

Puncanya Tuan Guru Hj. Hadi la....selepas kenyataan peribadinya semua ni betlaku, kalau di buat ikut prosedur dgn menunggu mesy. AJK Pusat baru keluar kenyataan semuanya akan berjalan cara baik samada setuju atau tidak...peranan Tuan Guru bukan pecahkn umat sepatutnya satukn umat, mmberi kebenaran untuk parti bertanding di kawasan rakan padukan dan seterusnya tuduhan rakan dalam padukan jual pil kuda,pengikut lenin dan lain2 tuduhan tanpa bukti sebelum pilihanraya juga telah berlaku perbalahan, jatuh mertabat tuan guru jika kenyataannya menyebabkn perpecahan umat dan bukan kesatuan umat....kesian seorang tuan guru yg juga seorg Presiden ...kenapa Allah jdkn kata2nya mnyebabkn umat berbalah..renung2kn lah.

Isu Terkini

get this widget here