Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 2 October 2014

@AzminAli Bukan Salah Saya Membeku Skim Khairat Kematian @KhalidIbrahim



Azmin Ali nampak berkhidmat tetapi berdendam. Kenapa marahkan Khalid Ibrahim rakyat menjadi mangsa? Inilah yang di dedahkan oleh Faekah Husin:
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata, beliau percaya tindakan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

"Tindakan pantas Menteri Besar baharu ini (Mohamed Azmin) seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan kepemimpinan negeri supaya mengetepikan sengketa dan membuka lembaran baharu demi rakyat.

"Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Abdul Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SMUE yang dilancarkan pada Ogos 2008 adalah skim khairat kematian untuk menghargai warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang layak di negeri ini.

Apabila ahli skim berkenaan meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut daripada Pusat Khidmat DUN di kawasan masing-masing dan akan diberikan sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Faekah menambah, amat menyedihkan apabila tindakan tersebut dilakukan terhadap Abdul Khalid yang telah memperkenalkan beberapa program kebajikan untuk rakyat.

Tetapi kenyataan ini dinafikan oleh Azmin Ali:
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan beliau mengarahkan bank membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, pembekuan itu dibuat oleh pihak pentadbiran dan beliau sendiri tidak tahu.

Pelik dan mudah sebut je tak tahu?


No comments:

Isu Terkini

get this widget here