Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 23 October 2014

Ketegasan Ketua Menteri Sarawak Berani Memerangi Pembalakan Haram Mengalahkan Kelantan

Sekalaung tahniah buat KM Sarawak kerana berani menghalang kaum keluarganya terlibat dalam tender balak Sarawak malah merani menyekat semua tender balak demi membasmi pembalakan haram. Berbanding dengan Kelantan yang mana dulunya pernah meletup isu balak menjadi sumber hubungan politik sesama pakatan.

Dari perbezaan ini memaparkan perbezaan jelas bagaimana Ketua Menteri Srawak mengutamakan kepentingan Sarawak berbanding pembangkang habuan dahulu yang lain berlakang cerita.

Peme­gang lesen balak di negeri ini diingatkan tidak menyalahgunakan lesen mereka untuk melakukan aktiviti pembalakan di luar kawasan ditetapkan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pemegang lesen perlu patuh dengan hanya me­lakukan pembalakan di kawasan mengikut perjanjian dalam lesen bukannya sesuka hati menceroboh kawasan lain. 
“Sejak saya menjadi Ketua Menteri Mac lalu, saya membekukan pemberian lesen pembalakan. 
“Pembekuan ini akan terus dilaksanakan sehingga masalah pembalakan haram berjaya ditangani,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Integriti Anggota Penguat Kuasa Perkhidmatan Awam Negeri Siri 3 yang dihadiri kira-kira 554 pegawai penguat kuasa di sini semalam. 
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani; Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Khim Shin dan Residen Miri, Antonio Kahti Galis. 
Adenan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, pembalakan haram itu didapati berlaku di Taman Negara Meludam di Sebuyau dan Bukit Tiban di Bintulu serta di beberapa kawasan taman negara di sini. 
Dalam pada itu, beliau membe­ritahu, kerajaan merancang mewartakan lebih banyak kawasan taman negara bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan hutan di­lindungi.
“Kita yakin untuk menjadikan sebanyak 10 peratus daripada hutan di Sarawak di bawah taman negara dan kawasan perlindungan,” jelasnya SUMBER

No comments:

Isu Terkini

get this widget here