Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 20 November 2014

JMM Bongkar Tony Pua Sembunyikan Pelaburan 227 Buah Syarikat Malaysia Di Pulau Cayman

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa, kajian pihaknya mendapati jumlah syarikat tempatan yang pemegang sahamnya mempunyai alamat di Pulau Cayman adalah kira-kira 227 buah syarikat.

Sehubungan itu, Presidennya, Azwanddin Hamzah mempersoalkan apakah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan turut menghentam semua syarikat tempatan itu seperti yang dilakukan ke atas 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Berikut adalah kenyataan penuh Azwanddin:

- Hasil daripada kajian dan juga pengumpulan data syarikat-syarikat oleh JMM dan juga sepertimana didedahkan oleh pihak media, kita mendapati bahawa lebih kurang 227 buah syarikat yang wujud beroperasi di Malaysia tetapi dimiliki oleh syarikat yang berdaftar di Pulau Cayman.

- Antara 227 syarikat ini terdapat nama-nama seperti HSBC (Malaysia), AirAsia Bhd. Trustee Bhd, Malakoff Aldjazair Desal Sdn. Bhd., Ranhill Energy and Resources Bhd, F.O.S Apparel Group Sdn. Bhd. dan PNB NJI Holdings Sdn. Bhd. dan lain-lain.

- Pihak JMM mahu bertanya kepada Tony Pua apakah tindakan beliau terhadap 227 syarikat yang mempunyai syarikat induk yang berdaftar di Pulau Cayman dan adakah sama juga agenda beliau untuk menjatuhkan 1MDB dan apakah bukti berkaitan pelaburan di sana gagal atau lesap.

- Jika benar Tony Pua bersikap jujur, beliau juga harus menjelaskan tindakan 205 syarikat Malaysia yang melabur di sana dan bukan sekadar hentaman kepada satu syarikat sahaja. Apakah agenda beliau seolah-olah cuba untuk menjatuhkan ekonomi negara untuk bersaing di peringkat dunia.

- Ini menunjukkan agenda yang tersirat untuk Tony Pua bagi syarikat Malaysia yang melabur di sana. Kebanyakan syarikat yang melabur di sana disebabkan tidak dikenakan sebarang cukai di sana dan juga syarikat Malaysia ini menjalankan perniagaan di seluruh negara. UtusanMalaysia




No comments:

Isu Terkini

get this widget here