Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 18 November 2014

@TonyPua Mangsa Balasahan ‏@Khairykj Angkara @RafiziRamli Vs @AhmadMaslan

Al-kisah.. Baru-baru ini Tony Pua adalah pakar proganda DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN. Malah dia adalah terlatih dari Israel (Rujuk Sini) bersama Pakar Strategi PKR Rafizi Ramli (Yang semakin hilang kepakaran) sepakat menyerang 1MDB dengan Kerajaan Persekutuan menanggung hutang sekurang-kurangnya RM20 bilion syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Motifnya cukup jelas untuk menutup kepincangan strategi Kajang Move yang teruk menjatuhkan imej PKR dan Isu Perumahan Mampu Milik yang terang-terang terkantoi (rujuk video ini).

Rafizi turut mencabar Ahmad Maslan agar hadir ke forum tentang 1MDB yang dianjurkannya malam 19 November 2014. Menurutnya, jemputan kepada Ahmad Maslan dihantar menerusi emel dan beliau menerima pengesahan terima emel tersebut dari pejabat Ahmad Maslan.

Dengan angkuh Rafizi berkata "Kami ada banyak persoalan dan Ahmad Maslan ada jawapan-jawapannya,"
Yang paling teruk. Sempat juga sengaja menipu rakyat kononnya Tun Mahathir akan datang dalam Forum 1MDB. Walhal TDM tidak pernahpun berkata untuk menghadiri. Tetapi ini bukan apa Rafizi mahu memberi impak supaya ramai orang datang dan ambil kesempatan menjatuhkan TDM.

Malangnya dihari yang diangkuh-angkuhkan Rafizi!! Dia sendiri melalui twitnya memberi alasan demam tercirit semalaman sebagai alasan untuk tidak hadir!! Makna kata Forum entah kemana!! Rafizi hilang sembunyi dalam selimut.

Bersambunglaa pulak episod dokumen yang dahsyat sangat hingga mampu membongkar pelbagai rahsia 1MBD.. Lihat apa kata Ahmad Maslan..




Kemudian tak cukup dengan itu masih juga hendak berdalih dia tukar dengan hantar dokumen kepada speker dan memberi link drive.google (Puas PPM try buka tak leh laa pulak)

Episod seterusnya ketika di dewan rakyat!! Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul MP Pandan Rafizi Ramli yang mahu merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen.

Pandikar berpendapat bahawa Ahmad Maslan tidak berniat mengelirukan dewan sewaktu menjawab soalan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua tentang 1Malaysia Development Berhad pada 6 November lalu.

"Tidak payahlah dibahas atau dirujuk ke mana-mana jawatankuasa kerana yang berhormat timbalan menteri tidak berniat mengelirukan dewan.

"Jadi saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat untuk mengelirukan dewan," kata Pandikar.

Maka bermula peperangan yang memakan diri DAP dan PKR hingga menjadi perang besar di twitter melibat pelbagai pihak.


Tony Pua tidak berani untuk berdebat panjang seperti mana dia menual auta di khalayak ramai. Yang paling menarik Rafizi sudah tukar subjek baru, mengugut kerajaan "Mesejnya mudah & tegas ~ Turunkan Harga Minyak Sekarang!" Erkk dah macam macai kelas bawahan PR laa pulak kalah satu isu spin kalih cerita baru.. Ini baru betul-betul terdesak rafizi dibuatnya..



No comments:

Isu Terkini

get this widget here