Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 24 November 2014

@ZahidHamidi Bongkar Krisis Jawatan UMNO Hak Keturunan

"Apa Kau Orang Fikir Semua Jawatan UMNO Hak Keturunan bapak Kau Orang Ka? Ada kes bergegar kerusi meja!!!"

Inilah ayat-yat yang panas bila situasi generasi X Y cuba dinafikan menjadi ahli UMNO. Ini telah menjadi budaya yang berkarat dalam UMNO. Sebab itu PPM bersetuju dengan pendedahan Zahid Hamidi di Utusan Malaysia.

Era pemimpin lama menyekat peluang generasi muda mendapat tempat di dalam parti sebenarnya telah lama berlalu dalam UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya. 
“Selain itu, kita bukan ketua perang yang menganggap jawatan dalam parti menjadi kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita atau dipegang oleh kita. 
“Saya fikir bila tiba masanya, kalau sudah mendapat tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan,” katanya. 
Beliau mengulas gesaan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan muda diberikan ruang di dalam parti dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF), di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi ini.
Dalam ada itu, Ahmad Zahid berkata, mesej yang disampaikan oleh Presiden parti itu jelas menunjukkan bahawa ruang terbuka luas untuk generasi X dan Y menyertai UMNO. 
Beliau berkata, keterbukaan itu termasuklah dengan mengubah peruntukan kemasukan ahli baharu ke dalam parti.
“Antaranya, ahli boleh menyertai UMNO tanpa perlu melalui cawa­ngan sebagai mana cara biasa tetapi boleh dilakukan melalui ibu pejabat.
“Tujuannya adalah supaya dipermudahkan kemasukan golo­ngan profesional dan anak muda yang dulu kononnya disekat oleh ketua cawangan dan bahagian tertentu untuk menyertai UMNO,” katanya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here