Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 8 December 2014

Hadiah Menyedihkan @azminAli Untuk Menikam Sambutan Ulang Tahun @DrWanAzizah

Di hari Ulang Tahun Wan Azizah, Ramai orang tidak perasan tertapi mustahil Wan Azizah tidak sedar bagaimana Azmin Ali menghadiah sesuatu yang amat perit tikamannya.

Dalam diam-diam tanpa disedari Wan Azizah di hari sambutan Ulang tahunnya pada 3 December lepas Azmin telah memberi hadiah menikam suami Wan Azizah.

Sebelum ini semuanya tidak disedari oleh mana-mana pihak kecuali apabila hari ini Chegu Bart tampil mendedahkan:

Ahli PKR yang digantung Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyokong tindakan istana untuk membatalkan gelaran "datuk seri' yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau berkata, ini kerana Azmin adalah ahli Dewan Diraja Selangor yang membuat keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu. 
"Baginda membuat keputusan secara demokrasi, baginda membawanya kepada Dewan Diraja Selangor dan ia telah memutuskannya sebulat suara. 
"Siapakah ahli dewan itu? ... Orang yang duduk di sebelah sultan adalah Azmin Ali selaku menteri besar," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Mungkin orang tidak sedar bila mesyuarat menarik gelaran Dato Sri Anwar Ibrahim ditarik berlaku Dan 3 November bermula berkuasanya pembatalan Datuk Sri Anwar Ibrahim. 

Yang pasti tarikh ulang tahun kelahiran Wan Azizah adalah hadiah yang menikamkan. Kerana pada tarikh itulah isu ini meletup di alam maya dan diketahui umum hingga memalukan sekeluarga Anwar.

Walaupun bergitu Wan Azizah juga memnyembunyikan sesuatu dari Azmin Ali iaitu baca sini. Walau apapun Azmin Ali memang hebat bermain jarum yang tusukannya bisa bila Anwar dan Wan Azizah bergerak.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here