Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 14 March 2012

Nik Aziz Menipu-menipu Lagi!!


 

Bukankah dah betul-betul Nik Aziz, bukannya jenis boleh diharap sangat. Dia Nik Aziz kalau bercakap ikut suka mulut hendak lepas sahaja. Tengoklah apa katanya sebelum ini tidak akan tunduk dengan Pakatan Haram untuk mengadakan PRU13 berasingan, kononnya membazir wang tenaga kerja, konon!! Sekarang apa dah jadi bila Haji Hadi membawa kearah sebaliknya:

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Pakatan Rakyat akan membuat keputusan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri yang ditadbirnya.

Keputusan bersama itu diputuskan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang berlangsung di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan menyelaraskan mesyuarat bersama semua menteri besar Pakatan Rakyat untuk mendapatkan kata sepakat.

"Mesyuarat itu akan dihadiri pemimpin negeri Pakatan Rakyat untuk mendapat kata sepakat tentang keputusan sama ada hendak ada pilihan raya berasingan dengan persekutuan," katanya.

Bagaimana dengan kenyataan Nik Aziz sebelum ini.

KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.

“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.

Nik Aziz kalau perkara-perkara macam inipun tidak selaraskan ucapan dengan tindakan, bagaimana kita hendak mempercayai janji-janji perancangannya. Baca Selanjutnya

No comments:

Isu Terkini

get this widget here