Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 17 September 2012

Haji Hadi Berjenaka Ala Maharaja Lawak

Siapa tidak kenal haji Hadi yang juga seorang yang pandai bercakap tetapi bab melaksanakan itu susah sikit hendak digambarkan. Sebab selama ini Haji Hadi bangun dalam arena politik PAS tidak ada yang nampak dari sumbangannya kepada rakyat Malaysia. Kecuali bercakap lebih kerja kurang.

Itu tidaklah menghalang Haji Hadi untuk melontar sebarang cadangan buat pembangunan negara ini. Namun tentu adalah amat janggal buat orang seperti haji hadi ingin mempertikaikan soal  49 tahun Malaysia ditubuhkan dan 59 tahun merdeka namun kenapa Malaysia Timur masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri di semenanjung.

Malah Abdul Hadi Awang ketika berucap pada ambang sambutan Hari Malaysia di Tuaran berkata, pasti terdapat kesilapan mahu pun kepincangan di dalam pemerintahan sekarang yang mana Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang amat kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat dan negeri ini tetap berada dalam kemiskinan.

Wah sudah hebat bila Haji Hadi mahu bercakap soal kemiskinan. Cuma inggin juga ditanya balik dimana kelayakan Haji hadi ingin mempertikaikan kemiskinan Sarawak sedangkan kemiskinan Kelantan lebih ketara berbanding Sabah mahupun Sarawak. 

Sepatutnya Haji Hadi terlebih dahulu memperlihatkan apakah kesilapan Kelantan dan Terangganu (semasa ditawan PAS) dan buktikan kemampuan PAS mentabirnya dan bukan sekadar hidup mengejar royalti tetapi cari duit untuk negeri sendiri tidak pandai.

Tetapi itulah kebiasaan pada watak-watak Pakatan Rakyat pandai cakap pasal orang tetapi tidak pandai mencerminkan diri sendiri. Memang PecahPalakMikir nak!!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here