Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 17 September 2012

Pratonton Sembahyang 2 Imam

Nampaknya sembahyang dua imam bukan lagi satu cerita rekaan. Ianya benar-benar berlaku angkara perbezaan poltik. Inilah bila berpolitik dengan budaya kafir mengafir mengakibatkan kita mengajar sesama islam menjadi berpuak-puak. Kita berlumba-lumba mencari siapa yang lebih islam dari semeja bulat mencari jalan yang lebih afdal menurut Islam.

Puak manakah yang selalu mengelar orang syaitan dan kafir, malah mengangkat Ultra Kiasu lebih mulia daripada saudara seislam dengannya. Malah puak-puak ini menggelarkan mereka ahli syurga walaupun budaya hidup mereka memecah belah antara sesama umat, semata bercita-cita ke Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyebar sefat anti kepada pemerintah yang sah malah melebel kepimpinan islam sebagai kafir, malah mereka bersedia untuk mengujudkan suasana rusuhan menentang polis. Sikap mereka lebih teruk dengan memancing pihak polis untuk terjebak dalam pergaduhan besar-besaran demi melahirkan rusuhan menentang kerajaan yang sah.

Budaya perpecahan sebenarnya bermula dari bangku tadika yang mana anak-anak kecil juga diajar sebagai anti kepada kerajaan yang sah. Akibatnya generasi ini akan menjadi duri yang meruntuhkan negara Malaysia.

Sekarang anak-anak tersebut sudah berani memijak gambar permimpin. Sudah berani mengebarkan bendera menggantikan Jalur Gemilang. Malah mereka juga berani menentang institusi raja di negara ini. Tidak kurang yang terus menjadi murtad kerana tiada perhatian yang baik.

Tidak cukup dari itu puak-puak ini sengaja membutakan mata makan sumber dana dari kuasa asing yang disalurkan masuk untuk kegunaan puak-puak ini. untuk menjalankan kempen anti Kerajaan Islam yang sah. Adakah kita rakyat Malaysia boleh berdiam diri sahaja membiarkan hal ini merebak meruntuh negara kita.
Inilah sebahagian permulaan melahirkan perpecahan yang akhirnya menyebabkan kita hilang segala yang kita ada. Adakah anda turut menjadi sebahagian dari ejen perpecahan sesama umat. Adakah perlu kita membiarkan perosak bangsa terus-menerus merosakkan negara ini!

No comments:

Isu Terkini

get this widget here