Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 12 December 2014

#KhalimahAllah @CmLimGuanEng Mencabar Keupayaan #AktaHasutan

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengisytiharkan bukan Islam boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ di Penang kerana enakmen undang-undang Islam hanya boleh dikuatkuasakan ke atas masyarakat muslim merupakan satu tindakan menghasut orang bukan Islam menghina agama Islam.

Persoalannya beranikah Pejabat Pendakwaraya menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan Guan Eng ini jelas mahu mewujudkan permusuhan antara orang Islam dan Kristian serta mencetuskan kemarahan umat Islam.

Menurut Suara.tv Guan Eng dilaporkan berkata Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2004, Pulau Pinang tidak terpakai kepada bukan Islam.

“Orang bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Islam,” kata Lim pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

“Enakmen tersebut hanya dikenakan kepada orang Islam, dan tidak kepada bukan Islam. Jadi isu ini tidak timbul, “kata beliau lagi.

“Kami tidak pernah meluluskan mana-mana undang-undang yang membenarkan Enakmen tersebut dikuatkuasakan kepada orang bukan Islam,” kata Lim yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

“Mengapa mereka meminta kami untuk meminda undang-undang apabila tiada undang-undang (yang memerlukan) untuk dipinda?” soalnya pula.

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 48 (3) dan (4), Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 sebanyak 40 perkataan termasuk Allah, Solat, Ulama, Soleh, Mufti, Iman, Surau dan Nabi, telah ditetapkan sebagai eksklusif untuk orang Islam oleh Mufti Pulau Pinang yang dikuatkuasakan pada tahun 2010.


“Isu Allah tidak timbul di sini di Pulau Pinang kerana orang-orang di Pulau Pinang menunaikan solat mereka kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, Cina atau Tamil,” katanya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here