Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 23 July 2016

Loretta Lynch Buli #1MDB Divert Skandalnya Gubal Wang Haram Kartel Dadah & Pengganas

Dunia sedang melihat percubaan Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch menggunakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membuli negara kecil seperti Malaysia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalih perhatian daripada kes skandal penggubalan wang haram dengan kartel dadah dan pengganas yang dihadapi oleh Lynch.


Semasa berkhidmat sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.


Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab enjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. (Sumber: The Daily Signal)


Kedua, American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen yang mendesak Peguam Negara Amerika Syarikat berkenaan meletak jawatan kerana terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen "Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah berjaya mengumpul lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari. (Sumber: ACLJ)


Pada 21/07/2016, Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram.


Kenapa Loretta Lynch tiba-tiba mengumumkan Saman Sivil ini? Apakah beliau mahu menolong kepada publisiti isteri Bill Clinton iaitu Hillary Clinton bersaing untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat? Atau adakah ini merupakan satu jalan bagi menutup salah lakunya bersekongkol dan menerima rasuah Bill Clinton?


Integriti Lynch jelas boleh dipertikaikan dan adakah tidak mustahil pasukan pelobi Bapa Andaian, Tun Dr Mahathir yang membuat aduan kepada Kleptocracy Asset Recovery Initiative dibayar berjuta-juta US dollar? Bukan merupakan suatu yang asing bagi pasukan Tun Dr Mahathir yang pernah membayar Jack Abramoff sebanyak USD1.2 Juta. Baca Harakahdaily, di sini.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here